banyak yang boleh diperkatakan mengenai hijrah.berhijrah tempat.berhijrah perangai.etc.namun penghijrahan Nabi dr kota Mekah ke kota Madinah lantaran ingin mengukuhkan kedudukan Islam sbg ad-deen patut dijadikan iktibar.patut dikaji.patut diambil diselidiki the morale value of the story.setiap apa y berlaku seharusnya kita kaji n buat check n balance, what's the pro n what's the cons.
penulis lebih suka utk derive conclusion dr apa y telah berlaku.take the hidden lesson.
what have we done throughout the previous days?timbangan mana rasanya yang lebih berat, di kirikah,atau di kanankah?(faham kan ape maksud kiri kanan itu?)
mana yang lebih banyak kita lakukan, amalan kebaikan atau amalan keburukan?
apa yang telah kita lakukan selaku hambaNya setelah begitu banyak nikmat yang dianugerahkan? nikmat masih bernyawa, nikmat Islam y diwarisi dr ibu bapa, nikmat kesenangan dunia, nikmat hidup tanpa masalah, nikmat peluang travel y tidak dimiliki oleh orang lain, nikmat merasai kushairi kat depan gama'ah tu, nikmat pengalaman masuk dalam pyramid dan berjuta2 lagi kenikmatan yang tiada taranya, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud "maka sekiranya engkau menghitung nikmatNya ke atas kamu tiadalah engkau berjaya(menghitungnya)"-surah Ibrahim:34. cube fikir sejenak,betul kan??
dan bermuhasabahlah sentiasa.and change for a better one.dalam kalam2Nya Dia banyak menyuruh hambaNya berfikir, melihat, bersyukur etc.senantiasalah jadikan al-Quran sebagai amalan harian.kerana "sesungguhnya hati itu akan berkarat dan ubatnya adalah membaca al-Quran dan mengingati mati"-riwayat hadis.
bila senantiasa ada check n balance sebegini, seharusnya kita almaklum dengan apa y kita seharusnya kita lakukan; penghijrahan dari perangai/keadaan y lama kepada 'a brand new me' yang semestinya lebih baik dari hari semalam..begitulah pentingnya penghijrahan ini.berusahalah utk meninggalkan perkara2 yang melaghakan kerana itulah kunci kecemerlangan orang2 beriman.dalam surah al-Mukminun, ayat 1-5 ada menyebut mengenai perkara ini; "telah berjaya orang2 y beriman......yang menjauhi perkara2 y lagha" sila rujuk utk pengesahan.
isilah masa muda kita dengan perkara2 yang bermanfaat,y boleh membanggakan kita pada masa usia tua kita nanti; perkara2 kebaikan yang kita buat, pengisian usia muda dengan mengabdikan diri kepadaNya, beribadat kepadaNya, penyerahan diri kepadaNya etc.namun jangan pula terlalu bangga bila membuat kebaikan/beribadah, dibimbangi rasa 'ujub(riak) menguasai diri sedangkan itu adalah kewajipan kita terhadapNya-mengabdikan diri kepadaNya,sebagaimana firmanNya yang bermaksud "tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepadaKu"-az-Zariyat:56
sbg penutup sama2 kita renungkan hadis ni
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله عز وجل ورجل قلبه معلق قلبه بالمساجد ورجلان تحبا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته إمرأة ذات حسن وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه
dr abu hurairah dr Nabi s.a.w bersabda: 7 golongan manusia yang Allah naungi di bawah naunganNya di hari (kiamat) y mana hanya naunganNya yang wujud ;
1.pemimpin yang adil,
2.remaja yang hidup sentiasa dalam keadaan beribadat kpdNya,
3.hambaNya yang hatinya terikat dengan masjid,
4. 2 hambaNya yang berkasih sayang kerana Allah, berhimpun kerananya danberpisah jua keranaNya,
5.lelaki yang dirayu oleh perempuan yg cantik paras rupanya lalu dia berkata sesungguhnya aku takutkan Allah,
6. hambaNya yang bersedekah lalu dirahsiakan sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tgn kanannya sedekahkan, dan
7. hambaNya yang mengingati Allah secara bersendirian lalu mengalir air matanya-riwayat Bukhari & Muslim

0 Comment
Post a Comment