Abu lahab bergembira dgn kelahiran Nabi dan membebaskan hambanya thuaibiah kerana dia yg membawa berita gembira tersebut. Maka Allah meringankan azab Abu lahab di neraka jahnnam. (HR Bukhari)
begitu tinggi kurniaan kepada Abu Lahab yng diringankan azab di neraka jahanam dek kerana kegembiraannya dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, sekalipun semasa hayat perjuangan Nabi sebagai penyampai risalah Allah 'azza wa jalla tiada pernah Abu Lahab menyumbang melainkan menentang usaha Nabi. apatah lagi kita sbg umatnya yang sennatiasa diingati sekalipun semasa saat2 getir menghadapi sakarulmaut..
"ummati~ ummati..ummati.."terpacul dari mulut Nabi s.a.w di saat menghadapi panggilan Ilahi
Rabi'ulawal: bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, 12 Rabi'ulawal sebagaimana yang disepakati oleh kebanyakan ulama..
kita tidak mahu 12Rabi'ulawal disambut sekadar sebagai satu perayaan..bila berlalu 12 rabi'ulawal maka berlalu sudah hari tersebut tanpa sebarang impak dalam diri umat Nabi Muhammad. Apa y
ang tidak kurang pentingnya selain dari ingatan dan kegembiraan seorang umat terhadap kelahiran Rasulullah adalah penghayatan terhadap apa yang Nabi sampaikan..telah Nabi wasiatkan kepada umatnya dengan 2perkara : Al-Quran dan sunnahnya, tidak akan sesat selagimana berpegang kepada kedua2nya, wahyu Allah(AlQuran) dan petunjuk cara hidup yang datangnya dari Allah yang disampaikan melalui Nabi-Nya Muhammad." dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya) " An Najm(53: 3-4 )
selamilah sunnah2 junjungan Nabi kita..
"Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya." ah-Hashr (59 : 7 )
dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : Semua umarku dapat masuk syurga, melainkan org2 yang enggan-tidak suka.Baginda ditanya "Siapakah orang yang enggan itu ya Rasulullah?"Baginda menjawab " Barangsiapa yang taat kepadaku,maka dia dapat masuk syurga dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku-menyalahi ajaran,maka dialah orang yang benar2 enggan" -HR Bukhari
sama2lah kita berpesan2 dan saling mengajak ke arah kebaikan kerana ganjarannya adalah sebagaimana sabda Nabi..
"Barangsiapa yang mengajak ke arab kebaikan, maka ia beroleh pahala sebagaimana pahala2 org2 y mengikutinya, tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala2 org2 y mencontohnya itu, sedang barangsiapa y mengajak ke arah keburukan, maka ia memperoleh dosa sebagaimana dosa2 org2 yang mengikutinya,tanpa dikurangi sedikitpun dr dosa2 org2 y mencontohnya"-HR Muslim

0 Comment
Post a Comment