Assalamualaikum…
Unit Pembangunan Insan telah mentemakan bulan Safar ini sebagai bulan Thaqafah. Memperkatakan tentang thaqafah, perkara pertama yang akan menjadi persoalan dalam diri kita ialah, takrifnya. Apakah itu thaqafah? Jika dirujuk dalam Kamus Al-Mawrid (Arabic – English), thaqafah membawa maksud, culture, education.
Thaqafah yang dibawa oleh UPBI bulan ini lebih menumpu dan menekankan pada istilah yang kedua, education. Rasanya tak perlu untuk diterjemahkan ke bahasa melayu kerana sahabat-sahabat pun lebih arif daripada penulis sendiri.
Ma’rad Kutub yang berlalu mungkin telah menambah koleksi buku sahabat-sahabat. Tetapi, tiada gunanya jika buku-buku tersebut sekadar menjadi koleksi atau hiasan di rak-rak buku serta almari kaca dalam rumah sahabat-sahabat. Bukankah lebih membawa faedah jika sahabat-sahabat menjadikan buku-buku tersebut sebagai pengisi masa-masa lapang. Bukan sahaja dapat menggunakan masa terluang tersebut dengan perkara-perkara berfaedah, malah dapat menambahkan pengetahuan dan thaqafah sahabat-sahabat.
Buku-buku kuliah yang setiap hari kita baca, pasti sekali-sekala menghadirkan rasa bosan, letih dan tension. Jadi, ketika mana tibanya waktu-waktu sedemikian, daripada kita menghabiskan masa tersebut dengan jalan-jalan tanpa tujuan, atau sembang-sembang yang yang lagho, yang diiringi ketawa-ketawa atau umpat-umpat yang hanya menambah simpanan dosa kita, lebih baik kita gunakannya dengan menelaah buku-buku lain yang lebih menarik minat kita. Bukanlah semestinya untuk kita baca buku-buku berkaitan perubatan semata-mata. Malah sebaiknya kita meluaskan lagi skop pembacaan kita. Terutamanya buku-buku agama berkaitan dengan tajuk atau topik yang memang kita perlu kuasai. Antaranya, berkaitan pendapat-pendapat ulama’ berkaitan hukum-hukum yang bersangkut paut dengan pengamalan perubatan memandangkan semakin banyak penemuan-penemuan kaedah baru yang samar-samar pandangan Islam tentangnya.
Antara lainnya, kita juga sepatutnya, menjadikan masa-masa kita itu untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain, yang tidak dapat tidak kita perlu belajar dan tahu. Misalnya ilmu feqah dan perbincangan tentang ibadah kita seharian. Dan yang lebih penting dari itu ialah ilmu tauhid, untuk kita mengenali Allah SWT, Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam semesta. Tidakkah kita sedar, kita juga sebahagian dari alam. Kita juga merupakan ciptaan dan milik Allah SWT.
Justeru, amat-amat disaran di sini untuk kita sama-sama menghidupkan diri kita dengan pembacaan-pembacaan yang mampu meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Biarlah kita rasa diri kita tiada masa untuk rehat, dan jadikanlah pembacaan tersebut sebagai salah satu cara kita merehatkan diri. Moga usaha kita itu akan mengundang keredhaan Allah SWT dan dikurniakan oleh Allah SWT keberkatan ilmu yang sebenarnya lebih penting dan utama berbanding kejayaan akedemik yang kita kejar-kejar. InsyaAllah.
mind@sahabat
Thaqafah yang dibawa oleh UPBI bulan ini lebih menumpu dan menekankan pada istilah yang kedua, education. Rasanya tak perlu untuk diterjemahkan ke bahasa melayu kerana sahabat-sahabat pun lebih arif daripada penulis sendiri.Ma’rad Kutub yang berlalu mungkin telah menambah koleksi buku sahabat-sahabat. Tetapi, tiada gunanya jika buku-buku tersebut sekadar menjadi koleksi atau hiasan di rak-rak buku serta almari kaca dalam rumah sahabat-sahabat. Bukankah lebih membawa faedah jika sahabat-sahabat menjadikan buku-buku tersebut sebagai pengisi masa-masa lapang. Bukan sahaja dapat menggunakan masa terluang tersebut dengan perkara-perkara berfaedah, malah dapat menambahkan pengetahuan dan thaqafah sahabat-sahabat.
Buku-buku kuliah yang setiap hari kita baca, pasti sekali-sekala menghadirkan rasa bosan, letih dan tension. Jadi, ketika mana tibanya waktu-waktu sedemikian, daripada kita menghabiskan masa tersebut dengan jalan-jalan tanpa tujuan, atau sembang-sembang yang yang lagho, yang diiringi ketawa-ketawa atau umpat-umpat yang hanya menambah simpanan dosa kita, lebih baik kita gunakannya dengan menelaah buku-buku lain yang lebih menarik minat kita. Bukanlah semestinya untuk kita baca buku-buku berkaitan perubatan semata-mata. Malah sebaiknya kita meluaskan lagi skop pembacaan kita. Terutamanya buku-buku agama berkaitan dengan tajuk atau topik yang memang kita perlu kuasai. Antaranya, berkaitan pendapat-pendapat ulama’ berkaitan hukum-hukum yang bersangkut paut dengan pengamalan perubatan memandangkan semakin banyak penemuan-penemuan kaedah baru yang samar-samar pandangan Islam tentangnya.
Antara lainnya, kita juga sepatutnya, menjadikan masa-masa kita itu untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain, yang tidak dapat tidak kita perlu belajar dan tahu. Misalnya ilmu feqah dan perbincangan tentang ibadah kita seharian. Dan yang lebih penting dari itu ialah ilmu tauhid, untuk kita mengenali Allah SWT, Pencipta, Pemilik dan Pentadbir alam semesta. Tidakkah kita sedar, kita juga sebahagian dari alam. Kita juga merupakan ciptaan dan milik Allah SWT.
Justeru, amat-amat disaran di sini untuk kita sama-sama menghidupkan diri kita dengan pembacaan-pembacaan yang mampu meningkatkan ilmu dan pengetahuan kita. Biarlah kita rasa diri kita tiada masa untuk rehat, dan jadikanlah pembacaan tersebut sebagai salah satu cara kita merehatkan diri. Moga usaha kita itu akan mengundang keredhaan Allah SWT dan dikurniakan oleh Allah SWT keberkatan ilmu yang sebenarnya lebih penting dan utama berbanding kejayaan akedemik yang kita kejar-kejar. InsyaAllah.
mind@sahabat

0 Comment
Post a Comment