Letupan Gas Pelajar Iskandariah

SPORTING AL-KUBRA, 16 NOV - Seorang pelajar tahun dua Universiti Iskandariah telah terlibat dalam sebuah kebakaran di rumahnya semalam. Mangsa yang bernama MOHD ZULHILMI BIN AZELAN kini ditempatkan di burn centre Hospital Universiti Iskandariah. Mangsa kini berada di dalam keadaan stabil dan dikehendaki tinggal di hospital selama beberapa hari sebelum rawatan lanjut diberikan. Mengikut kata doktor yang bertugas, mangsa mengalami kecederaan seperti berikut:

1st burn degree- keseluruhan muka kecuali pipi kiri

2nd burn degree- pipi kiri, hampir keseluruhan tangan dan kaki

3rd burn degree- sebahagian kecil tangan dan kaki

Menurutnya lagi tidak sampai 10% permukaan kulit yang terbakar.

Menurut saksi (Hafizuddin Bin Abdul Razak), mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat asar dan ingin pulang ke rumah. Semasa ingin menaiki tangga, letupan berlaku lantas menyambar badan mangsa. Mangsa bergegas keluar dari banggunan lalu mendapatkan rakannya yang dalam perjalanan ke cyber cafe. Dengan pantas rakannya menahan teksi dan menghantarnya ke hospital Mustapha Kamal. Malangnya hospital berkenaan meminta wang pendahuluan sebelum memulakan rawatan.

Kemudian rakannya menghubungi saudara Wan Mazrizman, saudara Syed Farouk dan saudari Nik Nabihah untuk menghubungi pihak universiti untuk memaklumkan kejadian ini. Dengan segera mangsa digegaskan ke Hospital Universiti Iskandariah untuk diberikan rawatan. Sejurus kemudian Puan Habibah, suaminya, Professor Nagwa,Professor Basma, Madam Sana’ dan En Ramadhan datang menguruskan hal rawatan mangsa.

Semoga beliau cepat sembuh dan kembali pulih seperti biasa. Bersama-samalah kita membantu dan mendoakan kesejahteraan beliau. - wakil Alex.



sumber:Perubatan Online..

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. Boikot Hospital Mustafa Kamall..\\ape ni orang nak mati..pun mintak duitt...ni ke doctor!!..kedarah punye arab...!!

Post a Comment