
REMPUHAN 2 KAPAL TERBANG DI WORLD TRADE CENTRE (WTC) PADA 11 SEPTEMBER ADALAH KONSPIRASI AMERIKA
1) Bangunan WTC runtuh/lenyap dalam masa 8 saat, lebih laju dari kelajuan seseorang yang terjun dari bangunan tersebut tak tahan dari kepanasan api kebakaran di bangunan tersebut. Ini adalah bukti bahwasanya bangunan itu bukan runtuh disebabkan oleh teori bahagian atas yang berat menimpa bahagian bawah setelah di bahagian tengah bangunan itu hancur dan tidak mampu menanggung bebenanan. Kalau teori ini diterima bangunan tersebut tidak akan hancur dan menjadi debu dan mesti ada ketulan dan bukan reruntuhan yang menghancurkan segalanya yang ada di bangunan tersebut.
2) Bangunan itu sebenarnya telah diletupkan dengan bom dan diletakkan bom sejak awal-awal lagi. Bahan kimia dari bom tersebut yang mampu menghancurkan segala2 yang ada dibangunan tersebut. Contoh-contoh keruntuhan bangunan tersebut jelas ianya seperti runtuh/hancurnya bangunan yang diletupkan di Amerika apabila ianya ingin dimusnahkan untuk digantikan dengan projek2 lain.
3) Bomba yang terlibat di WTC mengatakan mereka mendengar bunyi bom tingkat demi tingkat semasa ia runtuh. Pada peringkat kebakaran selepas rempuhan orang-orang yang berada dekat dengan kebakaran masih tidak hancur dan alat-alat dalam bangunan masih lagi wujud. Tetapi setelah meletupnya bom maka kesemuanya hancur dan tidak ada kesan lagi.

4) Disamping runtuhnya WTC, ada lagi satu bangunan yang berada sedikit jauh dari bangunan2 lain yang lebih dekat dengan WTC yang dirempuh 2 kapal terbang. Bangunan tersebut ialah bangunan ke 7 yang mana ia juga runtuh padahal bangunan tersebut jauh dan tidak logik ada kaitan dengan runtuhnya WTC. Disitu ada kebakaran yang sangat kecil dan tidak langsung boleh dikaitkan dengan rempuhan di WTC. Ia juga runtuh dan hanya ditunjukkan 1 kali dalam berita CNN dan pada kali lain ia disenyapkan kerana takut menimbulkan kecurigaan pada masyarakat antarabangsa dan rakyat Amerika terhadap bangunan tersebut.
5) Lebih dari 5000 orang yahudi yang bekerja di WTC tidak hadir pada hari tersebut (11 September) seolah-olah mereka diberitahu lebih awal dan orang yahudi telah mengetahui bahawa Amerika telah merancang konspirasi rempuhan WTC. Sedangkan bangsa Amerika yang lain dijadikan mangsa umpan propaganda Amerika.
6) Orang arab yang dituduh sebagai perampai kapal terbang kebanyakan masih hidup. Yang tidak dikesan sahaja di kambing hitamkan dan digelar sebagai anggota al-Qaedah yang merampas kapal terbang tersebut dan merempuh WTC. Sayangnya orang arab yang dikatakan belajar di pusat latihan kapal terbang hanyalah belajar kapal terbang kecil dan tidak langsung logik untuk memandu kapal terbang sebesar Boeing dan Air Bus. Seorang pilot yang berpengalaman biasanya mahir hanya 1 jenis kapal terbang contohnya kalau ia mahir Air Bus belum tentu dia mahir Boeing dan begitulah sebaliknya.. Mana mungkin orang yang belajar beberapa bulan atau beberapa tahun sahaja dan hanya belajar kapal terbang kecil mampu untuk mengendalikan 1 pesawat sebesar Boeing dan Air bus?
7) Contoh runtuhya bangunan WTC tidak sama langsung dengan runtuhnya bangunan disebabkan oleh teori berat gravity oleh kesan kehancuran bahagian tengah bangunan sama ada disebabkan kebakaran atau lain-lain sebab. Keruntuhan WTC adalah sama dengan runtuhnya bangunan yang diletupkan oleh Amerika semasa mereka ingin membina projek baru di kawasan berkenaan. Amerika adalah pakar meletupkan/meruntuhkan bangunan.
8) Di pentagon yang dikatakan rempuhan yang kemas dan cantik adalah salah satu lagi penipuan yang jelas kerana tidak dijumpai walaupun satu bangkai kapal terbang di kawasan terbabit walaupun dicari oleh beratus-ratus orang. Tidak ada seorang mayat pun dapat dikesan oleh anjing walaupun kepakaran anjing dalam mengesan mayat adalah sangat hebat walaupun mayat tersebut hancur berkecai. Satu biji enjin kapal terbang yang besar pun tidak dijumpai langsung ditempat kejadian (pentagon) walaupun ketahanan enjin kapal terbang menjangkau 5000 darjah celcius. Tidak mungkin ia hancur begitu sahaja. Nampaknya penipuan yang maha hebat disini.
9) Gambar yang dipertayankan di tv tentang rempuhan di Pentagon juga menunjukkan ia bukan satu kebakaran disebabkan rempuhan kapal terbang tetapi ia jelas disebabkan oleh satu jenis letupan dan kemungkinan besar peluru berpandu telah di tembak kearah bangunan pentagon tersebut. Dan tidak mungkin satu kapal terbang yang hebat dapat mendarat dengan baik kearah bangunan pentagon tersebut dengan cara yang pelik.
10) Kamera di Pentagon yang mengambil gambar letupan berlaku di Pentagon tidak menyiarkan gambar sebenar objek yang merempuh Pentagon. Tidak mungkin kelajuan kapal terbang tidak dapat diambil oleh camera secanggih itu! Yang berlaku sebenarnya gambar telah dipotong untuk menipu rakyat Amerika dan seluruh dunia tentang benda sebenar yang merempuh Pentagon. Kalau kapal terbang besar seperti yang didakwakan sudah tentu dapat dilihat dari gambar yang diambil camera tersebut.
11) Kapal terbang yang didakwa sebagai berusaha untuk merempuh White House juga direka-reka ceritanya. Sedangkan kapal terbang itu bukan ingin merempuh white house tapi telah di tembak dengan peluru berpandu seperti yang disebut oleh pakar2 sains yang mengetahui gelombang yang berlaku sebelum kapal terbang itu jatuh ialah gelombang peluru berpandu. Bangkai kapal terbang berada berkilo2 meter dari jarak jatuhnya kapal terbang tersebut yang menandakan bahawa bukan berlaku pergaduhan di atas kapal terbang tapi berlaku letupan setelah ditembak dengan peluru berpandu sehingga ia jatuh.
12) Panggilan telefon yang dikatakan dibuat semasa berlaku pergelutan antara perampas kapal terbang dengan penumpang adalah rekaan kerana tidak ada data yang menunjukkan bil telefon yang digunakan atas kapal terbang dan tidak mungkin boleh digunakan handset di atas kapal terbang yang tingginya beribu km di atas. Suara tersebut hanyalah rekaan yang diambil sejak awal2 lagi suara penumpang terbabit yang boleh disetkan dikomputer.
13) Bush dan pegawai kanannya berulang kali mengatakan akan berlaku serangan yang mengejutkan tidak lama lagi tanpa mengambil sebarang tindakan menunjukkan bahawa seolah-olah mereka membiarkan atau mencipta konspirasi sejak awal-awal lagi. Mereka juga membiarkan bahkan menggalakkan bangsa arab untuk belajar di pusat latihan kapal terbang (kecil) yang sebenarnya untuk dijadikan umpan tuduhan suatu hari nanti.
14) Bush ketika berucap pertama kalinya mengenai peristiwa rempuhan WTC mengatakan bahawa dia telah melihat kapal terbang merempuh 2 bangunan WTC sebelum dia masuk ke dalam kelas (sekolah rendah) semasa lawatan ke sekolah berkenaan. Sedangkan berita tentang rempuhan hanya dapat disaksikan setelah jam 9 lebih yang mana bush telah masuk ke kelas beberapa minit. Ini menunjukkan bahawa Bush telah tahu sejak awal-awal lagi dan tidak terkejut bahkan sebenarnya dialah mencipta konspirasi dan meletupkan bangunan WTC untuk dijadikan bahan propaganda.
15) Bush apabila diberitahu oleh body guardnya semasa dalam kelas (semasa lawatan) tidak menunjukkan reaksi terkejut bahkan rileks di atas kerusi tersebut selama 11 minit (dalam kelas tersebut) yang menunjukkan ia sudah tahu sejak awal-awal lagi dan dia sebenarnya yang merancang rempuhan 2 kapal terbang ke atas WTC berlaku.


0 Comment
Post a Comment