
7 Disember 2007- Suasana sejuk bumi Mansurah dihangatkan dengan program ‘Introduction I & Perasmian Bait Muslim PCM’ yang bertempat di Dewan Persada Jazirah Al-Ward, Utubis Jadid. Program tersebut bertujuan untuk memberi taklimat kepada para pelajar Perubatan di Mansurah tentang perjalanan
Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 1, 2 dan 3 dari kuliah perubatan dan pergigian.Tidak lupa juga, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada wakil-wakil DPMM, exco tertinggi dan tetamu dari Kaherah yang sudi turun padang untuk merasmikan Bait Muslim PCM yang julung-julung kali diadakan ini.
Walaupun suasana pagi itu yang begitu selesa untuk bertemankan lihaf, peserta-peserta program kali ini dengan penuh semangat tetap menghadirkan diri ke dewan untuk menyertai program tersebut.Program ‘Introduction I & Perasmian Bait Muslim PCM’ dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan pembentangan kertas kerja pertama bertajuk “Konsep Syahadah” oleh Ust Adham b. Khodari.
Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja kedua bertajuk “Batas Aurat dan Pergaulan” yang disampaikan oleh Ust Salman b. Maskuri.Kemudian, agenda kedua yang dinanti-nantikan iaitu perasmian Bait Muslim PCM telah disempurnakan oleh Pengerusi Bait Muslim PERUBATAN, Mohd Ilham bin Ismail, pelajar tahun 6, Universiti Kaherah. Peserta turut didedahkan tentang serba sedikit fungsi dan objektif Bait Muslim itu sendiri.
Majlis dihangatkan lagi dengan Sesi Forum Bait Muslim yang telah disampaikan oleh 3 orang ahli panel yang berpengalaman dan dijemput khas.
p/s: Borang Beit Muslim boleh dihantar kpd Pengerusi PCM, Izzat Kamal(ikhwah) dan Timbalan Pengerusi, Husna Manaf(akhawat).

0 Comment
Post a Comment