Ku Mencintai Sedalam-Dalam Hatiku..



Ku mencintaimu
lebih dari apa pun
meskipun tiada satu
orang pun yang tahu
Ku mencintaimu
sedalam-dalam hatiku meskipun engkau hanya
kekasih gelapku
yakinlah bahawa engkau adalah cintaku
yang ku cari selama ini dalam hidupku
dan hanya pada mu ku berikan sisa cintaku
yang panjang dalam
hidupku




Sham menghentak keras meja di hadapannya. Sesalan disaat ini cukup menenggelamkan akalnya yang waras. “ Kenapa begini?!!”, sambil mengengam erat seutas rantai ditangannya. Disaat itu juga, air mata membasahi pipi yang lebam.


Izat seorang senior yang penyayang menghampirinya, menggosok belakang Sham bagi menenangkannya. Pada saat itu, air mata Sham tidak dapat dibendung lagi, matanya terus menatap untaian rantai di genggamannya. Mindanya kembali menerjah memori indah bersama Min.


“Abang, kenapa orang benci pada kita?,” wajah manis Min sentiasa tidak berubah walau dalam kekeliruan.“Entahlah, abang rasa mereka dengki dengan kita, sebenarnya mereka teringin juga sebenarnya,” ujar Sham dengan penuh yakin sambil merangkul bahu Min dengan lembut. Min dengan manja terus merebahkan kepalanya di dada Sham.


Sham dan Min merupakan pelajar perubatan tahun 2 di Universiti Aswan,Mesir. Mereka saling berkenalan dan jatuh cinta semenjak di kolej persediaan lagi. Kasih sayang mereka terus utuh walau cuaca dan suasana di sekitar mereka terus berubah. Namun cabaran cinta mereka semenjak kebelakangan ini semakin mencabar. Ramai dikalangan sahabat sekuliah dan pelajar-pelajar dari kuliah pengajian Islam menegah cinta mereka. Cinta dan hubungan mereka dilabel sebagai........

by:HYD

ikuti sambungan di Forum-Malaysian's Student Hall-Artikel.

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment