Namun di hospital kerajaan,bahagian/ department telah dibahagi mengikut kreatiria surgery(rawatan pergigian) contohnya: Orthodontist (Spesialis orthodonti)
Berdasarkan hal diatas ada baiknya kita secara ringkas mengetahui bidang klinik gigi tersebut :
Klinik Gigi Orthodonti
Merupakan klinik gigi yang menangani patient dengan masalah pertumbuhan, perkembangan, variasi wajah, rahang dan gigi dan abnormaliti dari hubungan gigi dan wajah serta rawatan perbaikannya. Secara garis besar ada dua jenis alat orhtodonti yang sering kita sebut iaitu alat orthodonti lepasan dan pegangan. Selain cara pemakaiannya, kedua alat ini juga memiliki fungsi yang berbeza.

Klinik Gigi Pedodonti
Merupakan klinik gigi yang menangani masalah pertumbuhan dan perkembangan pada gigi dan mulut patient kanak2. Hal ini dibezakan dengan patient dewasa karana patient kanak2 memiliki jenis gigi yang berbeza dengan gigi orang dewasa, dimana patient kanak2 masih memiliki gigi susu(Decidous) sedangkan patient dewasa memiliki gigi tetap(Permananent). Kanak-kanak juga masih dalam proses pertumbuhan gigi.

Klinik Gigi Prosthodont
Merupakan klinik gigi yang menangani penggantian satu atau beberapa gigi asli dan jaringannya yang hilang dengan gigi tiruan. Secara umum,gigi tiruan dibagi menjadi dua bahagian, iaitu Gigi Tiruan Lepas dan Gigi Tiruan Cekat.Kaedah ini dilakukan rawatan penggantian gigi asli dengan teknik Implant.

Klinik Gigi Bedah Mulut
Merupakan klinik gigi yang menangani patient yang menumpukan bedahan, termasuk disini mencabut gigi (ekstraksi)atau juga dikenali sbg eksodonti.
Klinik Gigi Konservasi
Merupakan klinik gigi yang menangani Rawatan restorasi gigi (misalnya tampalan gigi, pembuatan mahkota buatan) tiap-tiap gigi. Didalamnya terdapat bahagian Endodontik iaitu rawatan saluran akar gigi.Kaedah ini bagi mengantikan gigi anda yang lama kepada yang lebih baru dan menarik.

Klinik Gigi Periodonti
Merupakan klinik gigi yang menangani pesakit dengan rawatan jaringan penampung gigi, termasuk diantaranya gusi, tulang rahang, dll. Misalnya apabila gusi dilihat gelap/hitam dan mudah berdarah, ini merupakan salah satu tanda adanya penyakit pada gusi tersebut. Mulai dari pembersihan karang gigi (skalling) sampai operasi Flap dilakukan di klinik gigi ini

0 Comment
Post a Comment