Tinta Bicara daripada Pengerusi PCM 08/09



TINTA BICARA
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah
Sesi 2008/2009

Muhammad Izzat b Md Kamal
Tahun 3 Kuliyah Perubatan
Universiti Mansurah


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.


Firman ALLAH Ta’ala yang bermaksud:
Katakanlah “wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa yang engkau Kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki. Dan ditangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya, Engkau Maha kuasa atas segalanya. [QS, Ali ‘Imran:26]

Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik yang

berkata Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Dengarlah dan taatlah sekalipun yang dilantik untuk menjadi ketuamu itu seorang

hamba Habsyi (yang hitam).”


Saya selaku pengerusi PCM 08/09 mewakili semua ahli jawatankuasa tertinggi PCM 08/09 mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana memilih kami untuk menerajui PCM pada sesi ini. Sebenarnya kami bukanlah orang yang terbaik bagi menerajui sebuah persatuan yang menjaga kesatuan, kebajikan serta akademik pelajar-pelajar sains perubatan di Universiti Mansurah ini. Kami yakin serta percaya masih ramai lagi yang layak, masih ramai lagi yang berkemampuan untuk mengurus PCM sesi ini. Kami akui memang kami banyak kelemahan, maka besarlah harapan kami untuk melihat kalian semua untuk menegur serta membantu kami ini. Sekiranya kami membuat salah dan silap maka tegurlah kami.

InsyaALLAH dengan kepercayaan kalian semua. Kami akan terus berusaha sedaya mungkin untuk menunaikan taklifan yang diberikan ini. Memang menjadi kepimpinan adalah benda yang berat. Satu amanah yang perlu kami langsaikan supaya nanti kami dapat jawab dengan baik di hadapan ALLAH nanti.


Perubatan Cawangan Mansurah (PCM) sepertimana yang kalian semua maklum adalah satu medium untuk pelajar-pelajar sains kesihatan bersatu. Tidak dinafikan kalian semua bukan dari satu pemikiran yang sama, bukan dari satu sekolah yang sama, bukan dari satu penaja yang sama, bukan dari satu agensi yang sama dan bukan dari satu program pengajian yang sama. Kepelbagaian wujud disini. Kepelbagaian itu menyebabkan adanya perbezaan, perbezaan yang mungkin boleh menyebabkan perpecahan. Tapi kita semua perlu ingat apa gunanya kita mencari perbezaan yang sedikit itu sedangkan banyak lagi persamaan antara kita, dan persamaan yang paling besar adalah kita ummat islam yang berbangsa Melayu yang datang dari sebuah negara yang sama.


Ingatlah PCM adalah untuk semua. Jangan jadi parasit untuk PCM. Hanya tahu mengambil manafaat sahaja tanpa memberikan sumbangan kalian malah ada ketikanya parasit ini ‘mencederakan’ PCM. Gunalah nikmat persatuan ini untuk sama-sama kita melengkapi antara satu sama lain. Jauhi sifat hasad dan dengki antara kita semua. Dan yang paling penting di sini adalah untuk kita semua belajar bersungguh-sungguh agar kita semua beroleh kejayaan untuk menjadi seorang doktor.


Akhir kalam, kami mengharapkan kalian semua bersama-sama dengan kami untuk merealisasikan imaginasi kami sesi ini. Antara imaginasi kami sesi ini adalah memantapkan akademik, persaudaraan dan kebajikan untuk kita semua. Kami tak mampu untuk melakukan sendiri tanpa bantuan kalian semua. Jom sama-sama menjadikan realiti seindah imaginasi. Sekian terima kasih. Siiru ‘ala barakatillah. Wallahu’alam.


"Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak

halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari". (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).


"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaikbaik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami".

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment