Program yang dipengerusikan oleh Dr Khairul Asyraf (tahun 2) dan dirasmikan oleh Pengerusi PCM 08/09, Dr Muhammad Izzat bin Md Kamal telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah yang menyebabkan majlis bermula lewat dari tentatif asal.
Imam Syafei: “Aku tak tahu satu yang lebih mulia selepas ilmu halal dan haram melainkan ilmu PERUBATAN, namun ahli kitab telah mengalahkan kita dengan menguasainya,” (Muqadimah Tahqiq, al-Risalah imam as-Syafei).
Sehubungan dengan itu, satu pengisian mantap telah disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Salman bin Maskuri, penasihat agama UPI yang bertajuk “How to become an excellent student in Islam perspective”. Antara isi penting yang diutarakan oleh Ustaz Salman ialah para pelajar dinasihatkan agar dapat menguruskan masa dengan baik kerana pengurusan masa yang efektif merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha ke arah mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Selain itu, penceramah juga menekankan bahawa keinginan dan kesungguhan seseorang pelajar yang juga merupakan seorang muslim perlu dipupuk dan dibajai dalam diri untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek. Usaha yang konsisten dan tawakkal kepada Allah tidak boleh dipandang enteng sama sekali kerana Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang itu walau sekuat manapun usahanya. “Fate is 100% on God’s hand”
Persoalan sejauh mana SC ini penting kepada pelajar perubatan telah dirungkaikan oleh 3 orang panel terkemuka iaitu Dr Ikram bin Ishak (tahun 3), Dr Husna bt Abd Manaf (tahun 4) dan Ustaz Salman bin Maskuri. Talkshow yang bertajuk “Why Smart Circle is important in our life as Islamic Medical Student” mendedahkan pengalaman ahli panel setelah beberapa tahun tinggal di bumi Mansurah ini. Bagi Dr Ikram, SC didefinisikan sebagai ‘makan’. Beliau berpendapat bahawa ketika makan bersama ahli SC yang lain, waktu itulah segala permasalahan sepanjang hari dapat dikongsi bersama. SC juga bukanlah satu program yang formal kerana perlaksanaannya lebih bersifat santai bergantung kepada kreativiti mentor. Menurut Dr Husna pula ‘Sharing and Caring’ dapat disimpulkan dalam akronim SC dan boleh dijadikan sebagai satu wasilah.
Tidak berseri sesuatu aktiviti tanpa persembahan sebagai daya tarikan. Program Introduction to SC pada kali ini menampilkan persembahan istimewa dari huffaz yang terkenal sebagai Juara Akademi Quran iaitu Ustaz Abdullah Fahmi dan salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, iaitu saudara Bazli.
Seterusnya, satu taklimat khas dari Unit Hisbah telah disampaikan oleh Dr Muaz (tahun 2). Taklimat ini adalah penting bagi menerangkan peranan Unit Hisbah dalam organisasi PCM. Pekeliling Unit Hisbah iaitu pekeliling hasil perbincangan rapi pihak tertentu memerlukan penerangan yang berhemah kepada ahli dan alhamdulillah Dr Muaz telah berjaya memberi penerangan sebaik mungkin dan diterima oleh semua yang hadir pada program tersebut.
Secara tuntasnya, diharapkan agar program SC ini dapat menjadi salah satu medium untuk para pelajar meningkatkan prestasi diri sekaligus memantapkan keyakinan dalam diri untuk bergelar sebagai seorang doktor yang berwibawa suatu hari nanti. Wallahu’alam
Disediakan oleh:
Unit Pembangunan Insan
PCM 08/09
Bacaan Al Quran oleh Abdullah Fahmi
Temuramah exclusive bersama Bazli UNIC

0 Comment
Post a Comment