Kehadiran pelajar ke tempat program iaitu di Istad Gamaah bermula kira-kira jam 1.30 petang. Para urusetia begitu sabar dan setia menunggu ketibaan pelajar. Pihak pendaftaran memulakan tugas yang diamanahkan dengan baik.Setiap pelajar yang hadir didaftarkan namanya dan dibahagi kumpulan.
Program bermula lebih kurang jam 2.30 petang. Raut wajah para peserta termasuk urusetia begitu ceria menunggu tiba detik permulaan program yang bermakna ini.
Setelah tidak berapa lama program berlangsung,kami dikejutkan dengan satu berita sedih. Berita sedih tersebut ialah tentang pemergian puteri sulung pasangan Nik Faris dan Husna. Majlis memberi laluan khas kepada hadirin untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah dan tabung kilat dilancarkan
serta merta. Program sedikit terganggu. Program tetap perlu dilangsungkan walaupun beberapa orang besar PCM terpaksa bergegas ke rumah Nik Faris.
Selepas solat asar, slot pertama dilancarkan. Slot yang menggunakan modul yang dinamakan Sarang Labah-labah.Modul tersebut direka khas untuk program ‘Kau Kenal Aku’. Pada keseluruhannya, modul ini memberi impak yang positif kepada para peserta dan urusetia.
Selesai modul pertama, modul kedua menyusul. Kali ini, acara padang menjadi pilihan urusetia., acara tarik tali di antara kumpulan. Suasana padang menjadi meriah dengan sorakan semangat para peserta dan urusetia. Kelihatan juga beberapa pak cik arab mendekati kumpulan kami kerana mahu memastikan apa yang riuh rendah. Memang menarik…Acara tarik tali ini selesai selepas maghrib apabila kumpulan 3 menjadi juara.
Modul ketiga berbentuk ilmiah. Semua kumpulan-kumpulan kecil dikumpulkan menjadi tiga kumpulan besar. Pengisian yang menyerupai debat ini begitu menarik perhatian para peserta. Ramai peserta berani tampil kehadapan menyatakan pendirian masing2. Walaupun angin malam menggigilkan para peserta, rasa panas menyelubungi mereka apabila dicabar oleh hujah-hujah pihak pembangkang.suasana hangat terasa.
Akhir program, Ustaz Salman dijemput untuk mengisi modul pengisian rohani. Para peserta tekun mendengar amanat-amanat yang disampaikan ustaz Salman. pengisian terakhir ini mengambil masa kira-kira 20 minit.
Lebih kurang jam 7 malam, Pengarah Program, Saudara Zaim Aziz membuat penggulungan. Konklusinya, program Kau Kenal Aku mencapai objektifnya dan frasa ‘kau kenal aku’ dapat dilengkapkan dengan ‘aku kenal kau.’
oleh : Fattah Hamzah

0 Comment
Post a Comment