Laporan Pertandingan Bola Tampar Terbuka

Jumaat, 19 Dis - Satu Pertandingan Bola Tampar Terbuka telah dianjurkan Unit Sukan dan Aktiviti Luar bertempat di Istad Gamaah.

Menurut Pengarah program Saudara Mohamad Arifudin bin Pi Remli, tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memenuhi hasrat pihak Universiti Mansurah untuk mendapatkan satu pasukan bola tampar wakil pelajar Malaysia bagi mewakili fakulti perubatan dalam pertandingan antara fakulti. Selain itu, pertandingan ini menjadi medan bagi unit sukan bagi mengintai bakat-bakat terpendam pelajar. Pertandingan ini juga diharapkan dapat merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar.

Sejumlah tujuh kumpulan telah mendaftar untuk masuk gelanggang. Antaranya adalah lima kumpulan dari Mansurah sendiri, masing-masing satu dari Universiti Cairo dan Tanta. Kesemua kumpulan dipecahkan kepada dua kumpulan besar kerana aturan permainan adalah mengikut liga.

Pertandingan bermula sebaik saja selesai taklimat daripada Pengarah Pertandingan. Ramai pelajar melapangkan masa hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing. Kemudahan minuman percuma dan tempat solat disediakan pihak urusetia bagi menjaga kebajikan semua.

Sorakan, hilai tawa kedengaran dari para pelajar. Pasukan jemputan begitu ceria dengan rakan-rakan mereka yang lama tidak bertemu. Namun tak ketinggalan juga beberapa pelajar kelihatan menggosok-gosok tangan bagi menghilangkan rasa pedih dek kerana bola yang disediakan penganjur amat keras. Ramai juga yang cedera.

Hampir enam jam pertandingan ini berlangsung. Kejohanan bola tampar terbuka ini dimenangi oleh Pasukan jemputan dari Kaherah. Naib Juara pula jatuh kepada kumpulan dari Mansurah yang menggelarkan diri mereka SELAMBA JE. Pengarah program, saudara Mohamad Arifudin berbesar hati memberikan hadiah kepada pemenang.
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment