Perasmian Smart Circle

Bait Harmoni,Tir’ah, 28 Nov 2008-Satu Perjumpaan Kali Pertama Mentor telah diadakan dengan jayanya. Seramai lebih kurang 30 pelajar perubatan lelaki tahun 2 dan 3 hadir melengkapkan majlis tersebut.Majlis dimulakan tepat 6.00 malam dan berakhir 7.30 malam.

Penasihat Agama UPI 08/09, Al-Fadhil Ustaz Salman Maskuri sempat meluangkan masa emas beliau untuk berkongsi maklumat dan perancangan dalam melancarkan Projek Smart Circle kali ini.Majlis dipengerusikan oleh Saudara Aizat bin Muhammad Sufian merangkap Pengarah Projek Smart Circle 08/09.



Antara yang dibincangkan dalam majlis tersebut adalah sedikit maklumat tentang tugasan sebagai Mentor kepada Mentee. Misi dan Visi projek diterjemahkan secara sepintas lalu oleh Pengarah Projek. Etika pelaksanaan turut disentuh bagi melancarkan lagi projek Smart Circle edisi ke-3 ini.

Dan kemuncak majlis adalah Tazkirah daripada Penasihat Agama UPI, Al-Fadhil Ustaz salman. Semua Mentor dengan penuh semangat dan komitmen setia menadah telinga bagi mendapat input yang berguna dari Penasihat Agama yang disegani ramai. Banyak maklumat yang berfaedah dapat diambil berat oleh hadirin,terutama kepada Mentor-mentor yang baru dilantik.

Selesai acara kemuncak, para Mentor dihidangkan minuman sebagai upah kerana sudi hadir untuk Perjumpaan Pertama yang penuh makna ini.

Usai majlis tersebut,laluan untuk solat isyak berjemaah diperuntukkan untuk semua hadirin sebelum bersama-sama sekali lagi Menghadiri Majlis Mingguan anjuran UPI iaitu kelas Matan Abi Suja’.

Semoga segala perancangan yang telah diaturkan ini dapat sepenuh kerjasama dari semua pihak. Doa dan Harapan kepada Allah SWT agar Projek Mega UPI iaitu Smart Circle edisi ke-3 ini memberi impak yang positif kepada seluruh warga Perubatan Cawangan Mansurah.

oleh: Wartawan UPP, Fattah Hamzah.

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment