
Rujukan kami: JPMK(KEB)1000/04(03)
Tarikh : 26 Januari 2011
Kepada:
Semua Warga Malaysia
di Republik Arab Mesir.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Y. Bhg. Dato’/ Tuan/ Puan,
NASIHAT KESELAMATAN BERKENAAN DEMONSTRASI JALANAN (YAWMUL GHADAB) DI MESIR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti yang dilaporkan, puluhan ribu rakyat Mesir berdemonstrasi pada hari Selasa 25hb Januari 2011, yang kebetulannya cuti umum sempena Hari Polis. Demonstrasi terbesar pernah wujud dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz (Pemberontakan Roti) pada 1977 yang lalu, diberitakan bertujuan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Presiden Husni Mubarak.
3. Di Kaherah, kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan berkumpul dari tempat masing-masing seperti di Maspiro, Muhandisin, Bulaq, Abidin, Shubra, Kementerian dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan As-Syura. Kumpulan-kumpulan ini bergerak lebih kurang selepas Zohor, bersatu dan berdemonstrasi dengan kumpulan-kumpulan lain dataran At-Tahrir sehingga jam 12 tengah malam tadi.
4. Terdapat juga beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar lain seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura. Justeru itu, seluruh warga mahasiawa Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya:
5. Kerjasama semua pihak sangat dituntut demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Saya yang menurut perintah,
(ASWANDI BIN LAMAN)
b.p
Pengarah,
Education Malaysia, Egypt.

0 Comment