[JAKIM]- Pendaftaran Pelajar Malaysia-Mesir Telah Ditutup


1) JAKIM mengucapkan terima kasih kepada anda yang telah memberi respon positif kepada pengumuman YB Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom, Menteri di JPM untuk membantu urusan penajaan penerbangan balik pelajar Malaysa ke Mesir.

2) Dimaklumkan bahawa sehingga perdaftaran ditutup pada 26 Feb 2011, Jakim telah menerima sebanyak 3,115 permohonan.
3) Keputusan permohon akan dimaklumkan melalui portal JAKIM mulai 4 Mac 2011 jam 4.00 petang.

4) Bagi pemohon-pemohon yang berjaya dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan pengesahan dokumen yg akan diadakan pada 6 Mac 2011 di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, jam 9.30 pagi. Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan dokumen-dokumen berikut:

i) passport antarabangsa;
ii) keratan boarding pass balik ke malaysia;
iii) kad pelajar/metrik;
iv) bagi pemohon yang tidak berjaya, anda diminta menghubungi pihak berkuasa negeri masing-masing atau penaja untuk mendapat nasihat / bantuan.
Terima kasih.

Sumber: Portal Rasmi JAKIM
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment