Kenyataan Terkini Mengenai JPA

Assalamualaikum

Melalui wakil PERUBATAN yang berhubung dengan pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh ahli PERUBATAN di bawah tajaan JPA.

1. Setakat ini masih tiada berita daripada pihak JPA untuk menampung kos kepulangan semula pelajar tajaannya yang berada di Malaysia ke Mesir.

2. Para pelajar dinasihatkan untuk melapor diri kepada negeri masing-masing yang akan menampung kos perbelanjaan pulang ke sana.

3. Para pelajar juga diingatkan bahawa sebarang pergerakan ke Mesir hendaklah SELEPAS mendapat pengumuman rasmi pihak JPA.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus diajukan kepada Cik Tengku Farah Nadiana Tengku Mahmood di talian 03-88853430

Sekian.

At-taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Husaini bin Saleh
Presiden PERUBATAN 2010/2011

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment