Makluman : Tarikh Mula Kuliah Universiti Mansurah





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.

Berkenaan dengan tarikh mula kuliah, PCM sedang berhubung dengan pihak Universiti Mansurah untuk mendapatkan maklumat tempoh cuti bagi mahasiswa/wi Universiti Mansurah. Setakat ini tiada lagi kata putus dari pihak universiti kerana isu ini masih lagi dalam perbincangan. Walaupun begitu, pihak universiti membenarkan mahasiswa/wi untuk pulang ke Malaysia atas sebab keselamatan dan makluman tarikh mula kuliah akan dimaklumkan kepada mahasiswa/wi setelah berada di Malaysia.

Bagi mahasiswa/wi Pergigian Universiti Mansurah, tiada perubahan bagi tarikh mula kuliah. Kuliah akan bermula seperti biasa pada hari Sabtu, 12 Februari 2011. Namun begitu, mahasiswa/wi Malaysia dibenarkan pulang ke tanah air dan dibenarkan untuk melewatkan tarikh peperiksaan kepada suatu tarikh yang akan disepakati.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan pihak Education Malaysia juga akan turut berurusan dengan pihak universiti bagi membolehkan tempoh cuti mahasiswa/wi Malaysia dilanjutkan. Mahasiswa/wi digalakkan untuk pulang ke tanah air bagi memudahkan urusan permohonan ini di samping bagi menjamin keselamatan masing-masing. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Diharap semua pihak dapat bersabar dan banyakkan berdoa agar semua urusan berjalan lancar. Minta kerjasama semua mahasiswa/wi agar tidak membuat sebarang spekulasi. InsyaAllah, apa yang berlaku ini ada hikmahnya untuk kita.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

AT TAQWA, AS SYIFA', AR RAHMAH


Nurul Afifah binti Alias,

Timbalan Ketua Unit Akademik

PERUBATAN Cawangan Mansurah 10/11

Tags: ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment