Perhatian kepada seluruh ahli BKASM dan anak-anak Selangor Mesir, anda semua diminta untuk mendaftarkan diri secara manual untuk proses penghantaran semula pelajar ke Mesir dibawah tanggungan sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor melalui talian berikut:- 1. #603- 5514 3520
2. #603- 5514 3534
3. #603- 5514 3538
Di antara maklumat penting yang diperlukan oleh bilik gerakan adalah:-
1. 1.Nama Penuh
2. 2.Tajaan
3. 3.No. K/P
4. 4.No Passport
5. 5.No Telefon
6. 6.Jurusan/university
7. 7.Tarikh Balik Malaysia
8. 8.Alamat Terkini
9. 9.Alamat Email
Bilik gerakan Ops Ehsan yang beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 malam, di Tingkat 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam. Segala proses yang berkaitan mengenai penghantaran pelajar ke Mesir boleh dirujuk terus melalui talian yang telah disediakan atau terus merujuk ke bilik gerakan.
Kerajaan Negeri Selangor dan kepimpinan BKASM mengharapkan agar semua pelajar Selangor dapat mendaftarkan diri bagi memudahkan proses penghantaran semula pelajar ke Mesir berjalan dengan lancar dan teratur.
Sumber : Portal Rasmi BKASM

0 Comment
Post a Comment