Perhatian kepada seluruh pelajar Kedah yang akan menyertai rombongan ke mesir di bawah tanggungan kerajaan negeri, bagi mereka yang tidak mempunyai visa , anda diminta untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang berikut kepada Yayasan Islam Negeri Kedah sebelum jam 12 tengah hari Rabu 2/3/2011 : Dokumen yang di perlukan adalah seperti berikut:
1.PASPORT ASLI
2. SATU SALINAN MUKA HADAPAN PASPORT
3. SATU SALINAN VISA MESIR YANG TELAH TAMAT TEMPOH.
4.SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT ( SAIZ 6 CM X 4 CM LATAR BELAKANG PUTIH )
5. WANG TUNAI RM 67
6. KAD MATRIKS UNIVERSITI DI MESIR ATAU SURAT TAWARAN PENGAJIAN .
7. SATU SALINAN KAD MATRIKS UNIVERSITI DI MESIR ATAU SURAT TAWARAN PENGAJIAN.
Kegagalan anda untuk berbuat demikian akan menyebabkan anda terpaksa menguruskan sendiri visa untuk memasuki negara Mesir.
Sumber: Portal Sistem Maklumat Pelajar Kedah Mesir

0 Comment
Post a Comment