[Berita] Nuqaba’ Pembangun, Penyedar dan Pemangkin Ummah


Mansurah,18 November 2011 – Untuk kesekian kalinya, Mentor Council di bawah Unit Pembangunan Insan (UPI) PERUBATAN Cawangan Mansurah telah mengadakan Seminar Mentor 1 bertempat di Qaah Ibnu Sina. Seminar Mentor pada kali ini yang bertemakan “Nuqaba’ Pembangun, Penyedar dan Pemangkin Ummat” ini telah dihadiri seramai 26 orang mentor siswa  dan 64 orang mentor siswi.

Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan panduan kepada para mentor dalam membawa usrah cemerlang serta melahirkan mentor yang bertanggungjawab, amanah dan berwibawa sebagai murabbi.

Seminar dimulakan dengan sesi pendaftaran para mentor pada pukul 1 petang. Seterusnya ucapan alu-aluan pengerusi majlis, bacaan doa, zikir asma al-husna dan nyanyian lagu tema yang bertajuk ‘Jalan Juang’. Slot diteruskan lagi dengan ucapan Timbalan Pengarah Seminar Mentor 1, saudari Nurul Hafiza binti Mohd Azmi dan juga Pengarah Mentor Council, saudara ‘Ammar bin Mohamad Ziyadi. Saudara Muhamad Arif bin Mamat Noor  selaku Ketua Unit Pembangunan Insan pula melengkapkan sesi ucapan alu-aluan dengan perasmian seminar pada kali ini.

Pembentangan kertas kerja pertama yang bertajuk Panduan Usrah disampaikan oleh Ustazah Nor Latifah Othman, pemegang Ijazah Takhassus Al-Quran Wal Qiraat. Sebelum sesi pembentangan berakhir, para mentor diberi peluang untuk bersoal jawab dengan Ustazah Latifah tentang method penyelesaian masalah yang biasa berlaku dalam melaksanakan Smart Circle.



Usai pembentangan Kertas Kerja 1, seminar berhenti rehat sebentar untuk memberi peluang kepada para mentor untuk menunaikan solat asar berjemaah. Selepas itu, para mentor telah disajikan dengan tayangan video sambil menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.


Seminar terus dihangatkan dengan sesi pembentangan kertas kerja kedua yang bertajuk Jalan Dakwah yang disampaikan oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh . Banyak panduan, nasihat dan kata-kata hikmah serta sifat yang perlu dimiliki seorang da’ie telah dikongsi oleh saudara Azizi bersama para mentor.


Selepas menunaikan solat magrib, slot diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB).  GKB ini telah diadakan di luar kawasan Qaah Ibnu Sina. Para mentor diberi tugasan menyebarkan risalah berkenaan ukhuwah yang disediakan kepada masyarakat setempat mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Objektif tugasan yang diberikan adalah untuk melatih sifat keberanian menghadapi mad’u dalam diri setiap mentor serta mengubah persepsi yang mengatakan bahawa da’wah hanya tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.

Slot resolusi yang disampaikan oleh saudari Amalina Yusof  mengakhiri seminar mentor pada kali ini. Beliau meminta para mentor untuk sama-sama bermuhasabah agar meninggalkan sikap-sikap yang melemahkan jiwa para da’ie dan meningkatkan kualiti diri masing-masing agar da’wah terus tersebar di bumi Mansurah.

Seminar tamat selepas taklimat mushrif selesai. Rata-rata respon peserta seminar kali ini amat positif dengan sedikit kelainan yang dibawakan oleh Mentor Council. Seminar Mentor akan diteruskan lagi dengan siri yang seterusnya bersama tajuk-tajuk pembentangan yang lebih menarik dan memenuhi keperluan seorang daie.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”


Disediakan oleh,
Siti Nor Aishah binti Samaun,
Setiausaha dan Bendahari Seminar Mentor 1,
Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah 2010/11.
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment