Kuliah Online Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Hijrah Analog VS Digital


Kuliah Online Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Buat julung-julung kalinya, STC (Synergy Training and Consultingmenganjurkan Kuliah Online, yang menampilkan Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Pengarah Urusan STC. Beliau akan mewacanakan topik "Hijrah Analog vs Digital : Dimensi Keibubapaan" bersempena kedatangan Tahun Baru Hijrah 1433 tidak lama lagi.

Persoalan-persoalan yang akan dikupas:

1) Perlukah ibubapa berhijrah dari dunia analog ke dunia digital, dan perlukah anak-anak bertaubat dari dunia digital?
2) Bagaimanakah saya sebagai ibubapa boleh lakukan untuk memahami perbezaan ini supaya dapat bertindak dengan lebih proaktif dalam usaha-usaha "connecting", berbanding "correcting"
3) Bagaimanakah saya sebagai ibubapa boleh mensinergikan di antara dimensi analog dan digital, supaya saya tidak dilihat sebagai 'ketinggalan' di mata anak-anak.



Unit Pembangunan Insan PCM 2010/11 membawakan Kuliah Online ini khas untuk anda!

Tempat: Qaah Ibnu Sina

Masa: 2.45 petang
Tarikh: 25 November 2011 (JUMAAT)
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment