Pihak persatuan telah berusaha mencari dewan
baharu untuk menggantikan dewan di Syari' 6th October kerana berlaku beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Kini lokasi
dewan berada di Syari' Khulafa Ar-Rasyidin (2 tingkat atas Darul Rahmah). Nama dewan masih sama iaitu Qaah Ibnu Sina (QIS).
Tanggungan
bagi sewa bulanan dewan adalah LE 2000. Pihak persatuan membuka kepada
ahli melalui Sistem Tajaan Ahli untuk menyumbang bagi meringankan kos sewa
bulanan dewan. Sistem adalah seperti berikut:
Satu sistem yang mana mahasiswa PERUBATAN Cawangan Mansurah diberi peluang untuk menyumbang dalam bentuk wang tunai iaitu dengan menaja sebahagian daripada sewa dewan baharu. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Satu unit tajaan bernilai LE 50/bulan
2. Unit tajaan yang diperuntukkan = 35 unit/bulan
3. Target jumlah tajaan setiap bulan = LE 2000
4. Seorang penaja boleh juga menaga untuk beberapa unit
untuk sebulan.
5. Penaja bersetuju untuk menaja secara bulanan untuk
setahun. Tajaan bermula pada bulan Disember 2011 sehingga November
2012.
6. Sasaran penaja ialah daripada kalangan ahli PERUBATAN
Mansurah iaitu mahasiswa sains kesihatan termasuklah daripada fakulti
perubatan, pergigian , farmasi.
7. Sesiapa yang mahu menyumbang boleh terus menghubungi :
Mohammad
Rafiq Bin Abdul Hir 0111 2768512
Azimah
Binti Zahari 0111
4455725
Dengan ini, PERUBATAN Cawangan Mansurah berbesar hati membuka
untuk sesiapa menyumbang melalui sistem ini dan moga-moga sumbangan kalian
mendapat ganjaran yang besar disisi Allah SWT yang menyuruh hamba-hambanya
berbuat amal soleh sebagai bekalan diakhirat nnti, sejajar dengan firmanNya:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ
الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
وَأَحْسِن كَمَا
أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ
لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
“Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan kehidupan
dunia, dan berbuatlah baik sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.
Janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Al Qashash: 77)
0 Comment