Maklumat Keselamatan Mansurah Hasil Pertemuan PCM Bersama KBMK


Satu perjumpaan tertutup bersama wakil daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah diadakan pada 26 November 2011 yang lalu di Qaah Ibnu Sina (QIS). Perjumpaan ini telah dihadiri oleh wakil daripada majlis tertinggi PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) 2010/11 serta beberapa pimpinan mahasiswa Mansurah yang lain.

Pesanan Penting daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) kepada semua warga Malaysia khususnya mahasiswa/wi di Mansurah:

1. Pelajar-pelajar seharusnya mengelakkan daripada sebarang aktiviti lawatan ke tempat yang dijangka akan berlakunya kekacauan seperti :

                a) Medan Tahrir
                b) Fayyoum
                c) Port Said

2. Sesi Pilihanraya Majlis Parlimen Mesir terbahagi kepada 3 peringkat dan mengikut negeri-negeri seperti berikut :

i. Peringkat pertama: Pada 28 dan 29 November 2011 dan run-off (pilihanraya semula jika perlu) pada 5 December 2011 antara negeri yang terlibat adalah Kaherah dan Iskandariah.

ii. Peringkat kedua: Pada 13 Disember 2011 dan Run-Off pada 21 Disember 2011. Antara negeri yang terlibat adalah Syibin, Giza dan Zagazig.

iii. Peringkat ketiga: Pada 3 Disember 2011 Mansurah dan Tanta iaitu pada 3 Januari 2011 dan run-off pada 10 Januari 2011.

Pihak KBMK meletakkan kod amaran warna kuning bagi kawasan Mansurah dan Tanta bermula 3 - 12 Januari 2012. Warna kuning bermaksud berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dan tidak boleh menghampiri kawasan-kawasan yang difikirkan akan berlaku kekacauan.

3. Passport mestilah selalu dibawa jika ingin bergerak dari destinasi ke destinasi berikut jika terpaksa. Passport mestilah tidak luput iaitu dan hendaklah perbaharui passport seelok-eloknya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Visa mestilah sentiasa berada dalam keadaan valid dan tidak luput. Bagi pelajar yang mempunyai masalah passport dan ingin memperbaharuinya, anda dikehendaki merujuk kepada konsular yang menguruskan passport di pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah seperti berikut :

                Encik Wasit pada talian : 00-2-02-3761 0013 atau 00-2-02-3761 0019
                Waktu pejabat 8.00 AM sehingga 3.00 PM
                Hari Bekerja : Ahad sehingga Khamis

4. Bagi pelajar-pelajar sains kesihatan Mansurah yang tidak mendapat kerakyatan Malaysia, (Kad Pengenalan merah), anda dikehendaki melaporkan pada pihak PCM agar dapat dimaklumkan kepada pihak KBMK untuk tindakan selanjutnya.

5. Bagi bayi-bayi yang baru lahir, pasangan perlulah mendapatkan sijil lahir versi Mesir dan daftar segera kepada pihak KBMK bagi memudahkan urusan passport dan sebagainya.

6. Pihak KBMK berharap rakyat Malaysia di Mansurah khususnya agar berada dalam keadaan tenang dantidak cepat dan gopoh dalam mengeluarkan kenyataan dan menyebarkan berita-berita yang tidak pasti kebenarannya.

7. Pihak PERUBATAN telah menubuhkan satu Jawatankuasa Keselamatan PERUBATAN dan akan berfungsi sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berkenaan situasi semasa di Mesir.

8. Bersamalah kita semua memohon agar Allah sentiasa memelihara keamanan dan memberkati bumi Mesir tempat kita berpijak dan menuntut ilmu. Semoga kita semua dihindari sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment