Mansurah, 22 Disember 2011 - Buat julung kalinya, sebuah pertemuan telah diadakan antara Dr.Nisreen, koordinator fakulti perubatan bersama wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah yang diketuai oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah sesi 2011/2012, Mohammad Iskandar bin Sa’uadi. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi 2 PERUBATAN Cawangan Mansurah, Nik NurFariha binti Mohamed Zalami, Exco Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah, Mohamed Nasarudeen bin Abdul Hamed dan Nur Sabrina binti Ismail Jali.
Pertemuan
santai yang diatur khas di restoren Slamlek, berhadapan dengan sungail nil itu
bermula pada jam 8.00 malam. Sempena dengan pertemuan ini, saudara Mohammad
Iskandar bin Sa’uadi telah memperkenalkan saf-saf kepimpinan baru PERUBATAN
Cawangan Mansurah melalui booklet yang disediakan khas untuk Dr.Nisreen. Ini
bertujuan bagi memudahkan segala urusan yang berkait dengan hubungan antara
mahasiswa Universiti Mansurah dan pihak
pengurusan Universiti.
Selain
daripada itu, wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah juga telah mengutarakan
beberapa permasalahan yang diharap dapat diberikan perhatian oleh pihak
Universiti bagi meningkatkan mutu pendidikan dan pembelajaran seluruh mahasiswa
perubatan, pergigian dan farmasi dari Universiti Mansurah
Pertemuan yang tamat
pada pukul 9.15 malam ini diakhiri dengan sesi bergambar antara wakil PERUBATAN
Cawangan Mansurah bersama Dr.Nisreen. Dr.Nisreen dalam akhir bicaranya berkata,
beliau berharap pertemuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang bagi memudahkan urusan dua hala antara mahasiswa dan pihak pengurusan
universiti. Semua wakil PERUBATAN Cawangan Mansurah yang hadir pada malam itu
turut menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Nisreen kerana
sudi meluangkan masa bersama mereka.
Disediakan oleh,
Nur Sabrina Ismail Jali
Exco Unit Akademik PCM 2011/12
Exco Unit Akademik PCM 2011/12
0 Comment