[Berita] Ziarah ke Rumah Ustaz Firdaus



Mansurah, 2 Januari 2012 - Setelah seminggu dimasukkan ke wad hospital, Ustaz Firdaus telah dibenarkan pulang ke rumah.

Ustaz Firdaus (pekerja) merupakan mangsa tragedi kebakaran yang berlaku di restoran Beit Hasanah pada 25 Disember yang lalu, mengalami kelecuran Tahap-1 di mukanya dan Tahap-2 di kedua-dua belah tangannya. 

Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Huruq Tajmil telah dibekalkan sejumlah duit sumbangan dan sebuah kerusi roda oleh Unit Kebajikan PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM).

Sehubungan dengan itu, Pengerusi PCM, Mohammad Iskandar bersama beberapa ahli yang lain telah menziarahi Ustaz Firdaus di rumahnya untuk bertanya khabar. 

Ziarah tersebut juga bertujuan untuk menyerahkan kutipan Derma Kilat yang telah mula dikutip selama 5 hari sejak 28 Disember 2011. Kutipan yang mencecah 4,512 LE itu telah diserahkan oleh Pengerusi PCM kepada Ustaz Umar, pemilik restoran Beit Hasanah. 

Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat membantu mengurangkan beban Ustaz Firdaus dan pihak yang terbabit dalam kejadian tersebut.


'Your Problem is Our Concern. We Care We Share'


Disediakan oleh,
Abdul Rahman bin Mohd Rafi,
Ketua Unit Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/12.

Tags: , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment