[Exam Fever Campaign] Solat Sunat Hifzi





Solat Sunat Hifzi




Tarikh : 5 & 12 Jan 2012

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Qaah Ibnu Sina

*Solat Isya' di rumah
*Mahasiswa/wi dijemput hadir


Dibawakan khas untuk anda daripada:
Unit Pembangunan Insan 2011/12



Kaifiat/kaedah Solat Sunat Hifzi :
  • Dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam yang memisahkan antara kedua-duanya.
  • Sebaik-baiknya dilakukan selepas bangun dari tidur.
  • Dikerjakan sebanyak 3,5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
  • Dibaca pada rakaat pertama Surah Al Fatihah dan Surah Yasin.
  • Kemudian diikuti rakaat yang kedua dengan membaca Al Fatihah dan Surah Ad Dukhan.
  • Seterusnya pada rakaat ketiga dengan membaca Al Fatihah dan Surah As Sajadah.
  • Pada rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang keempat dengan membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Mulk.
  • Membaca doa Solat Sunat Hifzi setelah selesai salam.

Bersempena dengan imtihan, antara objektif pelaksanaan Solat Sunat Hifzi :
  • Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
  • Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
  • Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
  • Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T atas usaha-usaha yang telah dilakukan.
  • Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.





Sumber : http://muthaqqafazhari.blogspot.com/2007/04/solat-sunat-hifzi-hadaf-dan-kaifiat.html 


*Minta kerjasama Ikhwah dan Akhawat yang akan hadir untuk menjadi Musyrif dan ber-Musyrif. Jazakumullahu khairan katheera
Tags: , , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment