[MANSURAH] - Sertai Kursus Asas Setiausaha 2012!


Profesional merupakan satu etika yang dituntut dalam Islam, iaitu melakukan sesuatu perkara sebaik mungkin di dalam segenap aspek dan lapangan bidang yang diceburi. Ironinya, bidang kesihatan merupakan bidang yang dikatakan sinonim dengan sifat profesional.


Satu program khas iaitu Kursus Asas Setiausaha 2012 bakal dianjurkan untuk melatih siswa dan siswi Universiti Mansurah bekerja secara profesional di samping meningkatkan lagi kualiti gerak kerja persatuan.

Antara perkara yang bakal dibentangkan:
1) Tugas Seorang Setiausaha
2) Format Surat-menyurat
3) Format Minit Mesyuarat
4) Format Kertas Kerja Program
5) Etika Penerbitan Iklan dan Video
6) Etika dan Garis Panduan Seorang Pengarah Program

Tarikh   : 26 Januari 2012 (KHAMIS)
Masa     : 2.30 petang
Tempat : Qaah Ibnu Sina, Mansurah
Peserta : Terdapat Dua Jenis Kuota Peserta

A) Kuota Wajib Hadir:
-AJKT PCM 2011/12
-Setiausaha Unit-unit PCM 2011/12
-Ketua, Timbalan Ketua & Setiausaha Unit-unit Khas PCM 2011/12

B) Kuota Terbuka: Seramai 20 orang sahaja

*Peserta kedua-dua kuota hendaklah mengisi borang ringkas berikut sebagai tanda pengesahan kehadiran --> Klik Di Sini

*Tiada bayaran dikenakan
*Modul & makanan disediakan untuk peserta



Anjuran: Jabatan Setiausaha PCM 2011/12

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment