Laporan 'Girls Gathering' (GiG) 1.0

  Laporan Girls Gathering (GiG) 1.0


Girls Gathering (GiG) 1.0 merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Sukan & Aktiviti Luar (UNISAL) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) Sesi 2011/12 yang diadakan pada 24 Februari 2012 yang lalu. GiG 1.0 telah berlangsung di padang bola stadium Universiti Mansurah dan aktiviti ini terbuka kepada semua mahasiswi Sains Kesihatan Universiti Mansurah.

Bermula dengan kehadiran peserta pada pukul 7.30 pagi, aktiviti telah dimulakan dengan pembacaan doa. Bertemakan ‘Break The Ice’, sesi taaruf sesama peserta telah diadakan untuk saling mengenali sekaligus mengeratkan ukhwah yang sedia ada. Aktiviti memanaskan badan dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan.
Antara permainan yang dipertandingkan pada GiG 1.0 kali ini adalah Sandwich Deco, Sweet Moment, Manzoora, Win, Lose or DRAW, Aphoniac, War Game, It’s Penalty, Pain Ball, Galah Panjang, Bowling Padang, Telefon Buruk dan Tarik Tali. Selain itu peserta juga menerima pengisian rohani melalui pembacaan hadith sebelum bermulanya setiap permainan.


Ketika peserta dan AJK sedang berehat, mereka menerima kunjungan dari Dr. Nesrene Sallah Omar selaku Penyelaras Pelajar Antarabangsa, Universiti Mansurah. GiG 1.0 menutupkan tirai sekitar pukul 12.00 tengah hari. Keputusan permainan telah diumumkan dan hadiah sagu hati juga telah diberikan kepada semua peserta. Asfarina Binti Abdul Razak selaku Pengarah Program dan selaku Timbalan Ketua Unit Sukan & Aktiviti Luar PCM Sesi 2011/12 memberikan ucapan penutup sekaligus mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada para peserta yang memberikan komitmen yang baik sepanjang program.


Disediakan oleh,
Asfarina Binti Abdul Razak,
Pengarah,
Program Girls Gathering (GiG) 1.0.

Tags: , , , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment