Kenyataan Rasmi Berkenaan Program IMPULSE (Islamic Practical Session): Pengurusan Jenazah 2012




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Merujuk kepada program Islamic Pratical Session (IMPULSE): Pengurusan Jenazah 2012, yang akan diadakan pada 16 Mac 2012  ini, dukacita saya ingin memohon maaf kepada para mahasiswa dan mahasiswi Mansurah yang telah dan ingin mendaftar sebagai peserta, namun gagal mendapat tempat di dalam program ini.

Untuk pengetahuan umum, pihak kami cuba sedaya mampu untuk menempatkan seramai mungkin peserta, tetapi atas faktor kapasiti tempat (Qaah Ibnu Sina-QIS dan Darul Rahmah-DR) yang tidak dapat menampung jumlah peserta yang ramai, maka pihak kami terpaksa menghadkan dan menerima penyertaan daripada tempahan pendaftaran terawal sahaja. Selain itu, kami ingin memastikan bilangan peserta yang termasuk di dalam senarai ‘sedang menunggu’ mencecah 44 orang siswa dan 20 orang siswi.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai Pengarah program Islamic Practical Session (IMPULSE): Pengurusan Jenazah 2012 ingin memohon maaf sekali lagi atas perkara ini. Kami berharap semua pihak dapat menerima penjelasan daripada pihak kami dengan berlapang dada dan fikiran yang terbuka. Sesungguhnya apa yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah S.W.T dan pihak kami hanya mampu merancang dan berusaha untuk memberikan yang terbaik khususnya kepada mahasiswa dan mahasiswi Mansurah.

Sekiranya terdapat keizinan masa dan peluang pada masa yang akan datang, InsyaAllah kami berharap program ini akan diadakan lagi selepas ini. Kami juga berharap agar mahasiswa dan mahasiswi sekalian akan terus menyokong dan membantu perjuangan kami pada masa yang akan datang. Kerjasama, toleransi dan sokongan kalian amatlah dihargai dan sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kita.

Wallahualam.

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”


Muhammad Abdul Alim Bin Zakaria,
Pengarah Program Islamic Practical Session(IMPULSE): Pengurusan Jenazah 2012
PERUBATAN Cawangan Mansurah  2011/12

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment