Laporan 'Graduation Day Carnival'




Pada 28 Februari 2012, Unit Ekonomi PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah berjaya menganjurkan Graduation Day Carnival bertempat di Sollah Mughattoh, Universiti Mansurah. Bertemakan “Celebrate the Excellence”, karnival ini diadakan seiring dengan Graduation Day bertujuan untuk meraikan senior-senior yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di sini selama 6 tahun.


Karnival mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran pelajar seawal jam 3 petang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya ialah jualan gerai, pameran,persembahan serta sukan dan permainan. Terdapat 12 buah gerai yang telah mengambil jualan pada hari tersebut iaitu E-store,Villa Kenchana,Kedai Azam Mansurah,SB cafe, Soya Rijal, HUM, gerai Keluarga Bahagia, Lot 71 Stall, BBQ corner, Teratak Mahabah, gerai Sabrina dan gerai Saiful Akmal. Selain itu beberapa unit PCM juga turut mengambil peluang untuk mengadakan pameran pada hari tersebut. Tambahan pula, para pengunjung yang hadir berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang diadakan oleh para penganjur. Antaranya ialah dam haji, catur, dart ,ping pong, hall of puzzle dan batu seremban.

Karnival pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Nesrene Omar, penyelaras pelajar luar negara, Universiti Mansurah dan disusuli dengan ucapan pengerusi PCM, saudara Muhammad Iskandar bin Sa’uadi. Sepanjang majlis perasmian berlangsung, aktiviti jualan,pameran dan permainan dihentikan buat sementara waktu. Majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada 'Voice of Syifa' dan 'Avicenna' serta persembahan silat. Karnival kemudiannya disambung semula selepas majlis iaitu pada pukul 5.30 petang.

Pada jam 7.30 malam para pengunjung beransur-ansur pulang dan penggerai serta ajk mula mengemaskan alatan dan kelengkapan masing-masing. Karnival pada hari tersebut berakhir pada jam 8 malam. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah teknikal sepanjang karnival tersebut, namun karnival tersebut berjalan dengan lancar. Namun segala kekurangan pada karnival ini diharapkan agar dapat diperbaiki dan diatasi agar lebih sempurna pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan karnival ini dan tahniah kepada senior yang telah berjaya.



Disediakan oleh,
MOHD ALFIAN BIN AWANG KU LEK
Setiausaha,
Graduation Day Carnival
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/2012
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment