[Berita] Pertandingan Berbalas Pantun


KHAMIS, 29 MAC 2012- Pertandingan berbalas pantun yang pertama kali dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bertempat di Qaah Ibnu Sina (QIS).  Pertandingan ini diadakan bersempena dengan “Arts and Music Festival (AMF)” yang sedang rancak berlangsung.
Pertandingan bermula jam 7.30 malam dan dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah AMF iaitu saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh dan kemudian, ucapan dari Pengerusi PCM saudara Mohammad Iskandar bin Sa’udi. Terdapat 4 kumpulan yang bertanding terdiri daripada pelbagai batch iaitu kumpulan Seroja, Kenari, Serikandi dan Batu Permata. 
Kumpulan Seroja menjuarai pertandingan ini dan diikuti oleh kumpulan Serikandi. Ahli kumpulan Seroja adalah Umi Nadzira bt. Ghazali, Maryam bt. Abu Bakar dan Nur Aisyah bt. Mohd Akil. Saudari Maryam bt. Abu Bakar mendapat gelaran pemantun terbaik berdasarkan markah yang diberikan oleh juri-juri terpilih.

( barisan juri yang mantap!)
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada hari penutup AMF Awards iaitu pada jumaat ini 6 April 2012 bertempat di Dewan El-Hegazy Mansurah Universiti. Jumpa di sana !

Jejarum mekar di pinggir hutan,
Indahnya alam penyejuk hati,
Jumaat ini jadi ingatan,
AMF Awards pasti dinanti.

( Juara Kumpulan Seroja dan Naib Juara Kumpulan Serikandi)
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment