
Mansurah, 28 Oktober 2011 – PERUBATAN Cawangan Mansurah mengambil langkah berbeza dengan mengadakan satu program dakwah kontemporari yang diberi nama MINDA OASIS. Program yang padat yang memakan masa hampir sehari ini dimulakan dengan qiamullail dan munajat di Qaah Ibnu Sina (QIS)dan diteruskan pada pukul 6.00 pagi dengan slot tazkirah Tanyalah Ustaz LIVE @ Mansurah.
Di sebelah petangnya, program diteruskan lagi dengan sesi kemuncak talk show bertajuk “Aku, Ravi & Farid” beserta Penutup AHLAN 2011 bertempat di Dewan Al-Hafiz, Universiti Mansurah. Ternyata sambutan terhadap majlis ini sangat menggalakkan apabila berbondong-bondong warga Mansurah membanjiri Dewan Al-Hafiz.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Saudari Nik NurFariha binti Mohamed Zalami diikuti dengan ucapan daripada wakil PERUBATAN iaitu Saudara Mohd Nor Helmi bin Mohd Lokhman, Ketua Biro Perumahan PERUBATAN . Seterusnya ucapan daripada Saudara Mohd Iskandar bin Sa’uadi selaku Pengarah Ahlan 2011 sekaligus merasmikan tamatnya AHLAN 11.
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu talk show bersama Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi yang mana Saudara Muhammad Abu Ubaidah bin Mustapa Kamal beraksi sebagai moderator bagi mewarnai talk show yang bersejarah ini. Talk Show ini mendapat respon yang positif berikutan pembawaan Ustaz Farid Ravi yang bersahaja dan isinya yang banyak menyentuh aspek kehidupan seseorang mahasiswa disamping sarat dengan nasihat dan ilmu-ilmu berguna.
Majlis ditutup pada pukul 4.30 petang dengan pemberian cenderamata kepada Ustaz Farid Ravi. Sebelum bersurai, barisan AJK PCM dan AJK Minda Oasis 2011 sempat bergambar bersama Ustaz Farid Ravi sebagai kenang-kenangan.
Semoga kalam-kalam hikmah daripada Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi kekal terpahat dalam sanubari setiap warga Mansurah dan menjadi panduan bekalan untuk kita menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya lebih rencam dan mencabar. Semoga bumi Mansurah sentiasa disirami dengan keberkatan dan rahmat Allah S.W.T buat seluruh warga PERUBATAN Cawangan Mansurah.
Disediakan oleh,
Tuan Nabila Binti Tuan Abdul Rahman,
Setiausaha,
Minda Oasis & Penutup AHLAN ’11.


"Stock Clearance Sale!" - Sempena Talkshow Minda Oasis & Majlis Penutup AHLAN
-Jaket PCM
-T-shirt PCM
-Kopiah PERUBATAN
-Majalah i-Man keluaran PERUBATAN
-Buku Seminar PERUBATAN : Kelahiran & Kematian
-Muslim Manga
-Button Badge
-Collar Pin
-Kalendar Tahunan
-Ikrar Pelajar Sains Kesihatan & Banyak Lagi!
Tarikh : 28 Oktober 2011
Masa : 12-4 petang
Tempat : Dewan Al-Hafiz, Universiti Mansurah


Talk Show: [Aku, Ravi & Farid] beserta Majlis Penutup AHLAN'11
Masa : 12.30 pm - 4.00 pm
Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Al-Hafiz, Universiti Mansurah
*Makanan terhad kepada 300 mahasiswa/wi yang terawal sahaja
Qiamulail & Tanyalah Ustaz Live @Mansurah
Masa :
3.00 am - 5.30 am (Qiamulail, Khamis malam Jumaat)
6.00 am - 7.30 am (Tanyalah Ustaz Live @Mansurah)
Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat : Qaah Ibnu Sina (Atas tingkat Darul Rahmah, Mansurah)
*Sila bawa kelengkapan tidur sendiri
*Terbuka kepada mahasiswa serta mahasiswi


-Urusan Permohonan Zakat Negeri
- 3 keping gambar berukuran pasport.
- 5 salinan pengenalan diri : Kad Pengenalan, Pasport, Sijil Lahir, Slip Keputusan SPM/Matrik. (Jika ada)
- 5 salinan pengenalan ibu bapa/penjaga : Kad pengenalan, Sijil lahir, Slip gaji. (Jika ada)
- Wang pendaftaran ahli.


Assalamualaikum W.B.T. Bismillah wal hamdulillah. Saya mulakan kalam dalam petikan ini dengan memetik suatu ayat daripada Surah Yusuf :

“Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, dia merangkul kedua orang tuanya seraya berkata, “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman” (Surah Yusuf : Ayat 99)
Begitulah ayat yang terpahat kekal sebagai kalamullah, memetik kata-kata seorang rasul yang memperihalkan keamanan sebuah negeri yang bernama Mesir. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, buat mahasiswa/wi yang baru tiba ke bumi anbiya’ ini dan lebih khusus lagi, Mansurah.
Universiti adalah tempat untuk melahirkan insan yang baik bukan sekadar tempat melahirkan penjawab soalan peperikasaan atau pekerja yang baik. Dengan pemahaman sebegini pastinya sudut perjuangan dan hala tuju yang ingin kita capai akan menjadi lebih besar, luas dan mencabar sesuai dengan kudrat dan semangat yang ada pada seorang pemuda atau pemudi Islam.
Di universitilah kita melatih diri untuk hidup bermasyarakat dan bersosial dengan baik, mendisiplinkan diri dan fokus dalam mencapai kecemarlangan akademik. Tambahan pula kesempatan buat kalian yang menuntut di bumi Mesir ini, pastinya banyak pengalaman baru dan ilmu-ilmu agama yang boleh dikaut sepanjang berada 5 atau 6 tahun di perantauan ini.
Apa yang mustahak buat anda dan juga saya sepanjang berada di bumi penuh berkat ini adalah “kebesaran jiwa”. Tanpa jiwa yang besar kita tidak akan mampu untuk mengisi segala ilmu dan hikmah yang ada di Mesir ini di dalam dada untuk dicurahkan pada tanah air kelak. Ilmu dan hikmah itu selalunya hanya dapat dicapai setelah melalui ujian dan cabaran yang pastinya memerlukan kesabaran daripada kita semua.
Sepanjang berada di sini anggaplah kami abang-abang dan kakak-kakak yang ada di sini sebagai sebahagian daripada adik-beradik kalian. Saya yakin kalian pastinya punya soalan yang banyak ingin diajukan kepada kami dan kami pastinya tidak sabar berkongsi cerita dan pengalaman dengan kalian.
Akhir kalam, sekalung tahniah daripada saya mewakil PERUBATAN Cawangan Mansurah kepada mahasiswa/wi baru yang bakal melangkah ke gerbang Universiti Mansurah sebagai pelajar-pelajar sains kesihatan. Kalian adalah “Generasi PERUBATAN Pasca Revolusi Mesir !”
Sekian, salam perkenalan ;
AHMAD AZIZI BIN MD JUSOH
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Mansurah Sesi 2010/2011.










