[Official Video] - Mansoura Medical Academy




Mansoura Medical Academy (MMA) telah dilancarkan sebagai salah satu lagi usaha Unit Akademik PCM khas untuk pelajar klinikal Konvensional dan Manchester. MMA ditubuhkan bertujuan memantapkan lagi ilmu dan teori perubatan di samping dapat memahirkan kemahiran klinikal dan Fiqh perubatan.

Bertemakan “Towards Professional Muslim Doctors”, MMA akan memastikan aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan merangkupi semua aspek dalam memastikan objektif,misi dan visi penubuhan MMA tercapai. Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan semestinya pada luar waktu kuliah.

Jika anda pelajar klinikal (Konvensional atau Manchester) dan sangat berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti MMA, maka anda adalah peserta yang kami cari. Nantikan maklumat-maklumat terkini MMA khas di Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah dari semasa ke semasa.

Dibawakan Oleh : Unit Akademik 2010/11
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment