Perutusan Pengarah MeM 2011

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas nikmatNYA, telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan satu program yang pada dasar, ingin membantu rakan-rakan ahli PERUBATAN dalam pelaksanaan modul yang boleh saya anggap modul ‘peningkatan kendiri’ yang akan membantu mereka di dalam meningkatkan jati diri sebagai seorang bakal pemimpin.

Program Medicophilic Month (MeM) diperkenalkan atas kesinambungan Medicophilic Week (MeW) yang dilaksanakan pada tahun lepas. Medic dan –philic, dua perkataan yang bermaksud mencintai medic memberi seribu satu inspirasi utk semua ahli-ahli PERUBATAN menonjolkan sifat-sifat yang perlu ada di dalam diri setiap bakal doktor.

Sepertimana slogan tema “ YESTERDAY’S MOOD,TODAY’S SPIRIT,TOMORROW’S LEADER”, MeM menjuruskan fokus kepada melahirkan bakal pemimpin akademik yang bersifat all-rounder. Slogan ini bermaksud, kejayaan kita di masa yang lepas, memberi inspirasi dan motivasi kepada diri kita untuk bersedia menjadi bakal pemimpin di masa akan datang. Sudah tentu pemimpin yang dimaksudkan di sini adalah kita sebagai seorang bakal doktor.

Justeru itu,aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bahas, public speaking, penulisan artikel, kuiz dan sebagainya bertujuan untuk menanam sifat pemimpin yang mempunyai added value seperti berani kehadapan, mempunyai social intelligence yang mantap serta bermotivasi tinggi dalam usaha untuk menyediakan diri mereka sebelum berhadapan dengan arus perdana di masa akan datang. Selain itu, kempen-kempen seperti Volunteerism, Professionalism, Bookworm dan Exam Booster dilihat dapat memberikan kesan yang positif kepada bakal pemimpin ini untuk tidak mengabaikan perkara utama dalam diri mereka iaitu, ilmu perubatan itu sendiri.

Banyak usaha yang perlu dilaksanakan dalam masa sebulan ini. Segala kerjasama antara pihak persatuan, jawatankuasa pelaksana MeM dan semua ahli PERUBATAN amatlah diharapkan. Tanpa sokongan dari ahli-ahli PERUBATAN, MeM takkan berjaya. Bagaimana analogi seekor anak burung tak boleh hidup tanpa ibunya, begitu lah juga MeM takkan hidup tanpa semua ahli.

Oleh itu, saya ingin mengajak anda semua sama-sama menjayakan MeM dalam usaha untuk melahirkan bakal pemimpin pada masa akan datang. Inilah masanya kita menjadi pemimpin!

Leader are not born, it is made~

Khairul Farhan Bin Khairuddin

Pengarah MeM

Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment