• Subscribe to my RSS
  • Education Malaysia Of Egypt
  • Mansoura University
  • Contact Us
PERUBATAN Cawangan Mansurah
  • Muka Utama
  • PERUBATAN Induk
  • Cawangan
    • PERUBATAN Cawangan Tanta
    • PERUBATAN Cawangan Zaqaziq
    • PERUBATAN Cawangan Iskandariah
  • Mengenai PCM
  • Carta Organisasi PCM
  • Takwim 2012
    • Takwim PERUBATAN Pusat
    • Takwim PCM 2011
  • PERKHIDMATAN
    • Senarai Muysrif Mengikut Kawasan
    • Tempahan Pengangkutan Unit Kebajikan
    • Tabung Kasih Sayang 2011
    • Peta Lokasi Hospital Dan Alat Bantuan Kecemasan
    • Khidmat Akad Dan Perpindahan Rumah Sewa
    • Senarai Aset PCM
    • Etika Peminjaman Aset PCM
  • Galeri PCM
    • Album PICASA
    • Album Facebook
    • TvMansurah
Showing posts with label Baru. Show all posts
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.
        
Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).


Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin. Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

         

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan. Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad. Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.
         
Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi. Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M). Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M). Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948. Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.
        
Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis – ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana. Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
         
Rasulullah bersabda, “ diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan). Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.
         
Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)
Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.
        
Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam? Sesungguhnya Palestin milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama. Ayuh bangkit membantu!




Disediakan oleh,
Unit AQSA,
Unit Kebajikan PCM ‘11/12
Apa itu Ortodontik?

Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.
Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?
a) Rupa bentuk gigi:
  • Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan)
  • Gigi taring terkeluar dari susunannya
  • Gigi depan berlapis, tidak rata
  • Celahan gigi yang besar
b) Fungsi gigitan terganggu:
  • Gigitan terbuka(tidak rapat)
  • Gigi berlapis (menyebabkan makanan tersumbat dan sukar dibersihkan)
  • Sukar menggigit kerana rasa sakit pada sendi di hadapan telinga
  • Sukar untuk merapatkan bibir (bernafas melalui mulut)
Siapakah yang memerlukan rawatan ortodontik?
Tiada had umur tertentu dikenakan untuk menerima rawatan ini. Namun, secara amnya gigi orang muda lebih mudah pergerakannya berbanding orang yang telah berusia.

 Usia untuk memulakan rawatan ortodontik?
Rawatan ini tidak perlu menunggu semua gigi kekal keluar. Seawal 7 tahun kanak-kanak boleh menjalani pemeriksaan bersama doktor samada memerlukan ortodontik atau tidak. Sebenarnya pada usia ini kanak-kanak sudah boleh mula merancang rawatan ortodontik mereka mengikut beberapa fasa:

Fasa Pertama:
- Sebelum masalah terjadi iaitu untuk kanak-kanak bawah umur (10-12 tahun).
Jika dirawat awal, hasil rawatan lebih memuaskan dan mengelakkan berlakunya rawatan yang rumit pada masa akan datang. Rawatan lanjut (fasa kedua) diperlukan sekiranya masih mengalami masalah yang sama. Biasanya rawatan fasa kedua lebih mudah dilakukan.

 Fasa Kedua:
- Selepas masalah terjadi iaitu pada remaja dan golongan dewasa.
Pada masa ini, pertumbuhan tulang biasanya sudah selesai, masa rawatan yang paling baik sudah terlepas dan rawatan juga kurangberbanding dengan kanak-kanak.

Adakah sebarang cabutan gigi akan dibuat?
Jika gigi terlalu keluar atau sesak, cabutan mungkin diperlukan.

Berapa lama rawatan berakhir?
Rawatan mudah mungkin mengambil masa 3-6 bulan, kebanyakan kes mengambil masa 1- 1 setengah  tahun, dan mungkin lebih jika kes yang sukar (modifikasi pertumbuhan tulang).

 Apakah kesan yang tidak diingini?
  • Relapse: Gigi cenderung balik ke kedudukan asalnya.
  • Dekalsifikasi pada gigi yang tidak dijaga bersih
  • Gusi tidak sihat  (gigi longgar)
Apakah jenis-jenis rawatan yang terdapat dalam ortodontik?
Secara kasarnya, rawatan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
  1. Removable/Boleh tanggal- Boleh ditanggalkan oleh pesakit.
  2. Fixed/ Tetap-  Tidak boleh ditanggalkan oleh pesakit
                                                Fixed                                              Removable 
 
Perkara yang perlu diketahui oleh pesakit:
  1. Sebelum rawatan: Pastikan anda memberikan komitmen dan bersedia dari segi psikologi untuk menerima rawatan.
  2. Semasa rawatan: Kerjasama anda adalah penting supaya hasil rawatan yang baik dapat dicapai. Anda seharusnya hadir pada jangka masa yang ditetapkanPada waktu ini juga penjagaan kebersihan gigi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan gigi bertukar warna
  3. Selepas rawatan:  ‘Retainer’ sementara atau kekal mungkin diperlukan untuk mengelakkan gigi kembali ke kedudukan asalnya.
Rawatan ortodontik menurut Islam:
- Pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi.

Nabi saw bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” - (Shahih Muslim #3966).

Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi - maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Wallahu'alam


Disediakan oleh,

Khairuddin Wan Ishak
Tahun 2, Fakulti Pergigian,
Universiti Mansurah. 



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ekoran dari permasalahan kenaikan pembayaran bil elektrik dalam kalangan mahasiswa/wi Mansurah, Unit Perumahan PERUBATAN Cawangan Mansurah Sesi 11/12 amat prihatin akan masalah yang dihadapi. Banyak aduan dan permasalahan yang telah diterima oleh pihak kami, setelah diteliti dan dianalisis pihak kami menyertakan beberapa langkah yang dapat diambil bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku:

1. Sila pastikan penggunaan elektrik di rumah tidak menggunakan tenaga elektrik yang terlalu tinggi. Kurangkan penggunaan 'heater','sakhonah', dan perkakas elektrik yang lain.

2. Sila pastikan meter elektrik rumah anda berfungsi secara baik. 70% daripada masalah ini berpunca dari meter elektrik yang tidak selari dengan pengunaan elektrik yang digunakan. Minta juga untuk bertanya dan merujuk kepada 'baba' (tuan rumah)

3. Berlaku penyelewangan atau penipuan oleh pegawai 'kahroba' yang mengira bacaan elektrik. Jika anda melihat pegawai itu mengira bacaan meter rumah anda, sila pastikan mereka mengira mengikut bacaan yang betul.

4. Sila laporkan jika terdapat kecurigaan terhadap mana-mana pegawai ‘kahroba’, tuan rumah, ataupun orang arab yang boleh disyaki terlibat dalam permasalahan ini.

Beberapa bil elektrik telah pun dikumpul dan akan dihantarkan ke syarikat elektrik untuk mengadukan berkenaan permasalah ini. Isu ini juga akan dipanjangkan kepada wakil rakyat di Mansurah sebagai salah satu langkah usaha untuk menangani masalah ini.

Dengan ini kami dari Unit Perumahan PCM mengharapkan agar perkara ini dapat diambil perhatian oleh seluruh mahasiswa/wi Mansurah supaya dapat mengelakkan masalah-masalah lain dari berlaku, memandangkan isu ini melibatkan majoriti komuniti pelajar Malaysia di Mansurah ini. Sebarang permasalahan bolehlah merujuk kepada saya sendiri selaku Ketua Unit Muhamad Syazni Asraff (0114-5654730) atau timbalan saya, Nurul Karimah Ab Ghani (0111-5044106).

Cara pembacaan Bil Elektrik:
Gambar contoh bil elektrik (Sila klik untuk paparan lebih besar)
1. Bacaan meter terkini
2. Bacaan meter sebelum
3. Bacaan meter penggunaan elektrik sepanjang bulan (perbezaan antara 1 dan 2.)
4. Pengiraan sistem taarif bacaan meter 3. *Boleh rujuk di sini - *Klik sini* dan *Klik sini 2*
5. Pengenaan cukai dari syarikat elektrik
6. Hutang atau bayaran ansuran sebelum ini
7. Jumlah bayaran (4.+5.+6.)
8. Bayaran untuk pembersihan sampah
9. Jumlah bayaran (4.+5.+6.) *sama seperti 7. kecuali ada bayaran yang ditolak
10. Jumlah bayaran (8.+9.) *Terjemahan ayat: "Hanya Lapan Puluh Sembilan Junaih dan Tiga Puluh Lima Piaster"
11. No kod Bil
12. No kod Jadual/Sistem
13. Bilangan bulan yang dikira
14. Tarikh bulan yang dikira *Sistem pengiraan syarikat - Setiap tarikh bulan yang dinyatakan adalah pengiraan penggunaan 2 bulan sebelumnya. Contoh: Tarikh di Bil (2012/03) Bulan Mac, pengiraan Bil adalah penggunaan pada bulan (2012/01) Bulan Januari. Sumber, Pegawai Syarikat Kahroba Mansurah 
15. & 16. Merujuk kepada Tuan Rumah ("Baba")
Terjemahan ayat di mukasurat belakang bil:
“Electricity company”
1.You have to pay as soon as you the get the bill.
2.If you are not in the house to pay the bill you have to go to the company to do so. If you don’t, within 15 days we have to cut off electricity from your premises. If you want to have back the electricity, you have to pay the unpaid bill.

-Disediakan oleh : Muhamad Syazni Asraff (0114-5654730) *Untuk tujuan rujukan

UNIT PERUMAHAN
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH
SESI 2011/12
ILMUWAN BERBAKTI TEGUH SEHATI
“AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH”

[BIDADARI BESI 1.0]

Be safe, be protected.
Let's learn the martial art, Taekwondo!

**Open to all Malaysian girls in Mansoura.**

~~!!Free of charge!!~~
Date: 14th April 2012 (Saturday)
Time: 3.45 - 7.00 p.m.
Venue: Sollah Mughattoh

Register yourself, NOW! 
Registration from 8th - 12th April 2012 to sister Sumayyah Khalid: 0111 736 6825

::Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) PCM 2011/12::



Takrif elektrik naik!
Bil elektrik pun melambung tinggi!!
Pening dan stress sebab bukan hanya bil elektrik naik, sewa rumah pun naik! Camne nak bayar?

Apa yang perlu kita buat?
a) Demostrasi depan Pejabat Kahroba?
b) Marah Ammu Kahroba?
c) Mogok tak makan seminggu sebab ikat perut?


Apa anda dapat daripada semua itu? Penatkan badan letihkan otak je. Sampai bil elektrik camtu jugak. Buang masa eden~



Kita tak boleh nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah sikap kita! Cuba kita berjimat cermat guna elektrik,  bukan saja dapat jimat duit malah dapat melindungi alam. Kurangnya kesan rumah hijau, kuranglah kesan pemanasan global, makin indahlah alam ini. inshaALLAH


Mari lihat apa usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk menjadi seorang penjimat elektrik yang baik!


1.                  Padam lampu/kipas di ruang/bilik yang tidak berpenghuni.

2.                  Padam komputer dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan. Cabut plug jika perlu.

3.                  Biasakan amalan berkumpul di satu/dua ruang saja pada satu masa, walaupun masing-masing membuat aktiviti yang berlainan.

4.                  Elakkan penggunaan penghawa dingin (jika ada) /pemanas air jika bukan musimnya

5.                  Elakkan tabiat kerap membuka dan menutup pintu peti sejuk.

6.                  Jangan masukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk.

7.                  Pastikan pintu peti sejuk tidak terbuka lama dan ditutup rapat selepas selesai.

8.                  Padam lampu ketika tidur.

9.                  Elakkan penggunaan ubat nyamuk/pewangi yang menggunakan eletrik.

10.              Gunakan lampu fluorescent yang jimat elektrik.

11.              Gosok baju dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

12.              Guna day curtain untuk menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah.

13.              Buka tingkap/sliding door  untuk menganginkan ruang rumah – pengudaraan semulajadi.

14.              Hanya pasang lampu luar rumah/lampu pagar sekiranya perlu, adakalanya lampu jalan sudah cukup terang.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk anda oleh;
UNIT PERUMAHAN
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH SESI 11/12
ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI
‘’AT-TAQWA, AS-SYIFA’, AR-RAHMAH’’

KHAMIS, 29 MAC 2012- Pertandingan berbalas pantun yang pertama kali dianjurkan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) bertempat di Qaah Ibnu Sina (QIS).  Pertandingan ini diadakan bersempena dengan “Arts and Music Festival (AMF)” yang sedang rancak berlangsung.
Pertandingan bermula jam 7.30 malam dan dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah AMF iaitu saudara Ahmad Azizi bin Md Jusoh dan kemudian, ucapan dari Pengerusi PCM saudara Mohammad Iskandar bin Sa’udi. Terdapat 4 kumpulan yang bertanding terdiri daripada pelbagai batch iaitu kumpulan Seroja, Kenari, Serikandi dan Batu Permata. 
Kumpulan Seroja menjuarai pertandingan ini dan diikuti oleh kumpulan Serikandi. Ahli kumpulan Seroja adalah Umi Nadzira bt. Ghazali, Maryam bt. Abu Bakar dan Nur Aisyah bt. Mohd Akil. Saudari Maryam bt. Abu Bakar mendapat gelaran pemantun terbaik berdasarkan markah yang diberikan oleh juri-juri terpilih.

( barisan juri yang mantap!)
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Penyampaian hadiah akan dilangsungkan pada hari penutup AMF Awards iaitu pada jumaat ini 6 April 2012 bertempat di Dewan El-Hegazy Mansurah Universiti. Jumpa di sana !

Jejarum mekar di pinggir hutan,
Indahnya alam penyejuk hati,
Jumaat ini jadi ingatan,
AMF Awards pasti dinanti.

( Juara Kumpulan Seroja dan Naib Juara Kumpulan Serikandi)


Penulis acapkali berhadapan dengan ‘drama’ air mata apabila memotong atau mengupas kulit bawang. Malah ‘drama’ air mata itu berterusan sehingga adakalanya mood memasak sedikit terganggu. Lebih memburukkan keadaan apabila alasan ini digunakan untuk mengelak diri daripada memasak. Penulis berasa pelik dengan fenomena ini lantas jari-jemari ini pantas menari di atas papan kekunci untuk mencari jawapan kepada persoalan yang selama ini berlegar di dalam minda.

Mengapa kita menangis kerana bawang?
Bawang menyebabkan anda menangis kerana semasa dipotong, sel-selnya akan rosak. Kesannya, sejenis enzim yang dinamakan Allinase dibebaskan. Kemudian Allinase akan berpecah menjadi bahan kimia lain yang dipanggil 1-propenyl-Lcysteine sulphoxide dan bertukar menjadi 1-propenylsulphenic acid. Bahan kimia itu kemudiannya akan bertukar menjadi gas propanthial s-oxide. Gas kimia itu juga dikenali sebagai faktor lakrimator yang menyebabkan anda menangis.
Apabila gas itu terkena pada membran berlendir yang melapisi kornea, saraf akan menghantar isyarat ke otak agar kelenjar mengeluarkan air mata. Air mata itu fungsinya adalah untuk membersihkan mata daripada sebarang benda asing yang menggangu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan anda menangis semasa memotong bawang?
  • Pertama, gunakan pisau yang tajam. Pisau yang tajam dapat mengurangkan kecederaan pada sel bawang, yang mana hal ini akan menyebabkan gas yang memedihkan mata terbebas.
  • Kedua, potong bawang di dalam atau di bawah air kerana air boleh melarutkan bahan kimia yang dikeluarkan oleh bawang.
  • Ketiga, simpan bawang di dalam peti sejuk sebelum memotongnya. Suhu yang sejuk boleh menghalang bahan kimia tersebut daripada terbebas.
  • Keempat, gunakan kipas untuk mengalihkan gas asid sulfurik jauh dari anda. Selamat mencuba!

Disediakan oleh,

Mohd Azrizan bin Bakir
Jurnalist Unit  Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah


JUMAAT, 16 MAC 2012- Bertempat di Qaah Ibnu Sina (QIS), telah berlangsung satu program yang julung-julung kali diadakan, Islamic Practical Session (IMPULSE): PENGURUSAN JENAZAH anjuran Lajnah Madrasah Imam Nawawi (MIN),  dibawah Unit Pembangunan Insan  (UPI). Berikutan menebalnya kesedaran ruhiyah mahasiswa, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Program bermula sekitar 8.30 pagi, dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi, diikuti ucapan Pengarah Program, saudara Muhammad Abdul Alim bin Zakaria, dan seterusnya ucapan Penasihat PCM, saudara Ahmad Azizi bin Jusoh. Program ini diadakan seiring dengan tuntutan fardhu kifayah, memberi pendedahan tentang kaifiyat atau cara menguruskan jenazah dengan betul. Dan ini disempurnakan dengan pengisian padat dari Ustaz Syafiq, mahasiswa jurusan Usuluddin, Tahun 4, Universiti Al Azhar Syarif Cawangan Tanta. Antaranya beliau menerangkan dengan jelas bagaimana pengurusan jenazah berserta hukum dan syarat melaksanakannya, dari memandikan, mengkafankan hingga mengkebumikan. Beliau juga memberi sedikit pencerahan tentang perbezaan antara yang sunnah dan adat masyarakat Melayu yang kian diamalkan hingga menampakkan pengurusan jenazah ini sukar untuk dilaksanakan.

Program diteruskan dengan demonstrasi memandi dan mengkafankan jenazah oleh ustaz Syafiq dan dibantu rakannya. Demonstrasi secara langsung ini telah memberi gambaran yang lebih jelas kepada peserta. Selepas itu, program berhenti rehat untuk solat Jumaat dan diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) untuk mempraktikkan ilmu teori dan demonstrasi yang dipelajari, dalam kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan. GKB tersebut dilaksanakan di QIS bagi akhawat dan di Darul Rahmah (DR) bagi ikhwah. Setiap kumpulan dibimbing oleh fasilitator dan dibekalkan dengan kain kafan dan kapas. Para peserta berpeluang untuk mengkafankan jenazah dan menjadi model jenazah dalam kumpulan masing-masing di samping mengaplikasikan teori memandikan dan menyembahyangkan jenazah.

Program ditutup dengan resolusi mengenai program oleh saudara Muhammad Izzat bin Abdul Hadi  serta wakil daripada ikhwah dan akhawat. Alhamdulillah, pada jam 3.30 petang, program selesai dijayakan.   Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dengan sebaik mungkin agar teknik pengurusan jenazah dapat diaplikasikan dengan lancar dan teratur pada jenazah sebenar. Segala kekurangan program akan diperbaiki dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program pengurusan jenazah ini.

Disediakan oleh,
Siti Hajar binti Shamsudin,
Unit Persiapan dan Promosi,
(IMPULSE): Pengurusan Jenazah, 
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t kita masih lagi diletakkan dalam kurniaan nikmat yang tidak terhingga banyaknya termasuklah nikmat kesihatan dengan tubuh badan yang cergas. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita kerana berkat perjuangan baginda yang gigih menjadikan kita masih lagi seorang muslim yang utuh akidahnya insya-Allah.

Tanggal 30hb Mac 2012, Jumaat bakal menanda satu lagi warna pada kanvas PERUBATAN dengan penganjuran PERUBATAN Sport’s Day (PSD) Ikhwah yang menyaksikan Iskandariah sebagai tuan rumah. Sudah pasti PSD pada tahun ini akan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Namun persoalannya, siapakah yang bakal mencorakkannya?

PSD Ikhwah yang terakhir telah dibuat sekitar 2 tahun yang lalu bertempat di Mansurah, di mana ketika itu pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan. Persaingan yang sangat sengit dan hebat di antara setiap peserta dari semua cawangan benar-benar menyemarakkan jiwa kesukanan yang ada dalam diri ahli PERUBATAN.

Peserta kontinjen PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sewaktu itu telah menunjukkan semangat daya saing yang tinggi dan sangat bersungguh untuk mengharumkan nama PCM di persada PERUBATAN seluruh Mesir. Perkara ini bukan hanya menggembirakan hati warga Mansurah, bahkan jua  berjaya mengangkat nama Mansurah ke persada yang lebih tinggi dalam kalangan Mahasiswa Sains Kesihatan di Mesir.

Warga Mansurah yang dikasihi sekalian,
Selaku Pengerusi PCM sesi 2011/2012, saya berbesar hati kerana pada tahun ini penyertaan yang diberikan oleh semua peserta ikhwah dalam setiap acara masih lagi dalam keadaan yang sangat memberangsangkan. Justeru, semangat yang berkobar-kobar ini perlu kekal sehingga semua acara selamat dipertandingkan di Iskandariah kelak.

Perlu diingatkan bahawa adat pertandingan pasti ada kalah dan menang. Namun begitu, kemenangan atau kekalahan yang dimiliki perlulah dari hasil usaha yang gigih dan juga permainan yang kekal bersih dari awal hingga akhir. Ini kerana di antara objektif penganjuran PSD ini adalah ingin memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan ahli dan juga untuk melahirkan ahli PERUBATAN yang bersemangat waja. Jadikan matlamat asal penganjuran PSD ini tercapai, bukan hanya statik pada kayu ukur menang atau kalah sahaja. Selain itu, objektif ukhuwah dan kesatuan tidak kurang pentingnya untuk dihayati dan diaplikasikan oleh seluruh ahli PERUBATAN.

Jika diteliti kembali 5 agenda yang telah dibentangkan oleh Presiden PERUBATAN, saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidy sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan ke-8 PERUBATAN yang lalu, agenda kebajikan, profesionalisme dan kesatuan mampu diterapkan dengan baik sekiranya semua ahli cakna dan sedar kepentingannya dalam pelaksanaan PSD pada kali ini. Maka, jadilah ahli PERUBATAN yang mampu memberi sumbangan pada ahli PERUBATAN yang lain.

Sokongan moral yang padu mesti ditunjukkan oleh semua warga Mansurah terhadap peserta yang bakal bertanding. Jadi, selaku ahli yang cakna, walaupun anda tidak menyertai sebarang acara, marilah kita beramai-ramai memeriahkan PSD pada kali ini dengan cara turun ke Iskandariah untuk menzahirkan sokongan padu kepada kontinjen Mansurah dengan memakai pakaian bertemakan BIRU, selain mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa sains kesihatan seMesir.

SEMBOYAN TELAH BERBUNYI
Maka saya berbesar hati meletakkan harapan yang tinggi pada kalian yang bakal mengharumkan nama PCM sekali lagi pada PSD tahun ini. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam mengenggam kemenangan kemudian doa dan tawakal mestilah disertakan dalam setiap tindak-tanduk kita kerana itulah yang menjadi bukti kehambaan kita kepada Allah dalam setiap perkara agar kita mampu berlapang dada terhadap apa jua natijah yang bakal terhasil kelak.

Selamat Bertanding, Selamat Berjaya dan Selamat Berukhuwah.
“TOGETHER WE’LL GLORIFY THIS MOMENT”













Yang benar,
Mohammad Iskandar Bin Sa’uadi
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/2012



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dgn limpah kurniaNya kita semua masih kekal dalam nikmat-nikmat yang tidak pernah putus sejak kita lahir. Selawat dan salam juga atas junjungan baginda kerana dengan berkat usaha baginda maka hari ini segala usaha dakwah ini masih dapat diteruskan sebagai salah satu cara menunjukkan betapa kita juga umat nabi yang menjalankan tugas-tugas nabi dalam menyampaikan seruan kebenaran.

“Mewarnai Landskap Mahasiswa”

Saya mulakan bicara ini dengan satu tema yang cuba dibawakan oleh PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) pada sesi 2011/2012 pada tahun ini iaitu “Mewarnai Landskap Mahasiswa”. Hanya 3 perkataan yang dipilih supaya dapat merangkumkan agenda-agenda penting yang telah diputuskan di peringkat Majlis Pengerusi. Agenda-agenda tersebut termasuklah:
  1.  Agenda kebersamaan iaitu untuk meraikan ahli yang pelbagai dan menekankan konsep ahli-pimpinan dan juga pimpinan-ahli.
  2. Daripada ahli untuk ahli. Suatu konsep mudah yang digunapakai menerangkan tentang seorang ahli yang memberikan sesuatu (idea, tenaga & wang) akan terpalit faedahnya untuk ahli yang lain.
  3. Penerapan fikrah kesatuan dan Islami dalam semua gerak kerja PCM juga individu-individu yang menggerakkannya.
  4.  Mencorak fenomena mahasiswa/wi ideal.

Seperti mana yang kalian sudah maklum bahawa di Mansurah, mahasiswa/wi sains kesihatan datang dari pelbagai latar belakang keluarga, institusi pengajian, dan juga suasana pengamalan agama. Maka, selaku pemimpin kami harus bijak untuk mengatur strategi agar PCM mampu menjadi wadah permulaan bagi mereka yang baru dalam proses mengislah diri dan pada masa yang sama sebagai suatu platform yang stabil bagi mereka yang memang sudah bergiat aktif dalam persatuan. Tindakan ini kami namakan sebagai proses 
MEWARNAI LANDSKAP MAHASISWA.
Secara jujurnya proses ini bukanlah satu proses yang mudah malah memerlukan kudrat individu yang ramai untuk menjayakannya. Jadi kesedaran semua ahli PCM terhadap isu ini adalah amat penting agar kesemua agenda yang digariskan dapat dibawa dengan baik dan mendapat hasil yang memuaskan.

PENGLIBATAN

PCM sedang bergerak kearah menjadi sebuah persatuan yang matang. Baik dari aspek pengendalian persatuan itu sendiri mahupun aspek mematangkan ahli dengan agenda-agenda mahasiswa/wi seperti pembinaan pemikiran individu bertaraf antarabangsa berlandaskan syariat Islam. Maka sekali lagi kami ingin tekankan bahawa strategi yang tersusun adalah perlu dalam memastikan misi dan visi ini tercapai serta yang tidak kurang penting juga adalah penglibatan semua ahli supaya kita sama-sama dapat melihat perkara ini bergerak kearah realiti.

IDEALISTIK -> REALISTIK

Justeru, besarlah harapan kami agar kita semua sebagai mahasiswa/wi yang idealistik mampu sama-sama membina kekuatan fikiran, sosial, spiritual dan jasmani yang kuat agar idea yang acapkali idealistik mampu diterjemahkan agar menjadi suatu yang realistik. Sekali lagi, semua ini adalah proses yang panjang dan PCM secara komited membuka seluas-luasnya dan sebanyak-banyak yang mungkin platform di dalam PCM agar semua warga Mansurah akan mendapati bahawa mereka adalah sebahagian daripada PCM.

‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’

Sebagai penutup, ingin kami tiitipkan satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Ustaz Hasrizal yang lebih kita kenali sebagai Ustaz Saiful Islam di dalam blognya, saifulislam.com supaya dapat difikirkan bersama iaitu ‘Erti Hidup Pada Memberi’. Jika dihayati sirah dari zaman nubuwwah lagi kemudian di zaman kegemilangan Islam sehingga ke era yang moden ini, maka kita akan dapati individu yang hebat diantara faktor yang boleh diambil iktibar ialah kehidupannya yang diabadikan untuk memberi dan tidak sama sekali mengharap sebarang balasan. Moga, kita juga mampu melakar sejarah sebagai seorang individu yang hebat dan banyak berjasa kepada Islam terutamanya.

Selamat berpartisipasi ke dalam PERUBATAN Cawangan Mansurah.

Sekian. Wasalam.

MOHAMMAD ISKANDAR BIN SA’UADI
PENGERUSI,
PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH SESI 2011/2012

MAJLIS PENGERUSI terdiri daripada:

 MOHAMMAD ISKANDAR BIN SA’UADI 
(Pengerusi PCM)


MUHAMAD ARIF BIN MAMAT NOOR
 (Timbalan Pengerusi I PCM)


NIK NURFARIHA BINTI MOHAMMED ZALAMI
 (Timbalan Pengerusi II PCM)

Brutttttt~~~ah!
Oh my, what a way to start an article. There’s nothing wrong about farting, as long as you release it quietly in public as people tend to get annoyed by the sound and smell.

Well, let’s start by learning all about the fun facts of fart and its benefit to our body.

Fun Facts of Farts
• An average fart is made of:
59% nitrogen
21% hydrogen
9% carbon dioxide
7% methane
4% oxygen
1% hydrogen sulfide, the smelly part
100% original fart

• A fart is mostly produced by E.coli. E. coli are enterobacteria that are commonly found in the intestines of humans and animals. There are different types of E. coli. Mostly are normal flora and only cause people to fart.
• Less than 1% of a fart is made up of the chemicals that stink, but they're so pungent that people can smell them at levels of 1 part in 100 million.
• Most farts are flammable, because of the methane and hydrogen they contain. So don’t try to ignite your farts as you might get burn.

• A fart has at the time of creation the temperature of 98.6 degrees Fahrenheit. This is 37 degrees Celsius the same as your body should be. A portable heating system.
• A fart has reached the speed of 10 feet per second. This is 3.05 meters per second.
• We each have an average of 14 occurrences of farts per day.
• A fart can be regarded as "aerosolized poop" which means that microscopic fragments and droplets of poop are actually distributed throughout the gaseous matrix of the fart, the components of the fart can penetrate one's clothing and these tiny particles can be trapped in clothes. That’s perhaps one of the reasons why we need to take our wudhuk after passing gas? So, holding them back for example until prayer time is fine except you may feel stomach pain if you held it too long.

For an excessive amount of daily farts there can be many reasons. These include:
• Smoking
• Lactose intolerance
• Eating certain foods
• Swallowing too much air
• An overabundance of bacteria in the colon

Excessive farts or flatulence may be a symptom of a serious health problem such as:
• Appendicitis
• Gallstones
• Stomach ulcers
• Irritable bowel syndrome (IBS)


HOW CAN I CONTROL FLATULENCE?

Controlling ordinary flatulence is basically a matter of watching how you eat and what you eat. You may wish to monitor your intake of high-fibre foods such as cabbage, corn, and beans to determine which may be causing a problem.
Beans are famous for their wind-inducing properties. However, they are less likely to lead to flatulence if they are soaked overnight along with a couple of tablespoons of vinegar. They should be then be drained and rinsed before cooking in fresh water.


Eating slowly and chewing food for longer time allows the enzymes in saliva to break the food down before it enters the stomach and digestive tract. The more that food is chewed, the more it is broken down for the digestive system. What's more, swallowed air is a prime cause of flatulence, and careful chewing avoids the swallowing of air that occurs when food is eaten too quickly.
Some processed food items contain ingredients, such as sweeteners or preservatives that can induce wind, especially:
• Dietetic foods
• Sugar free sweets and chewing gum
• Fizzy drinks
• Whole grains

So cut down on these food offenders which causes gas such as mentioned above and also dairy products and so on. If it becomes a real problem, then it’s better to consult your doctor.

HEALTH BENEFITS OF FARTING
It seems that expelling farts or medically known as flatulence – lowers blood pressure. Okay, you don’t really have to smell the health benefits, but the next time you fart in public, remind them that you’re simply trying to stay healthy~

Researchers at Johns Hopkins University, in Maryland, have discovered that the gas leading to flatulence is produced from an enzyme called CSE – long suspected as being responsible for making hydrogen sulphide, H2S.
H2S is a toxic gas whose use might now be further developed to help with blood pressure treatment. This is because CSE is also a substance that also relaxes the blood vessels and lowers blood pressure. CSE production starts inside the cells that line the blood vessels. The odour comes from bacteria in the gut that generate small amounts of hydrogen sulphide.

Scientists engineered mice that were deficient in CSE, depleting their levels of hydrogen sulphide. The mice were found to have blood pressure readings 20 mm/Hg higher than normal mice. They then added a blood pressure drug, methacholine, that relaxes the blood vessels but it didn’t help. That told the researchers that hydrogen sulphide is responsible for the blood vessel relaxation.

“This study shows that smelly hydrogen sulphide is also likely to have a role in regulating blood pressure and it will be a bit of an impetus for scientists to develop more specific tools to work out what’s going on,”

says Professor Amrita Ahluwalia, an expert in vascular pharmacology at Barts and The London Medical School.

Now we see that low levels of hydrogen sulphide are necessary for better health, while high levels are toxic. Scientists hope the findings will lead to new options for treating high blood pressure, a condition that has steadily become more prevalent worldwide.


So there you have folks! The next time you’re thinking whether to fart or not, just let it all out as it is
good for health and you can make it as loud or as silent but DEADLY as you like, as long as you’re alone or in the toilet~


Done by,
Anis Natrah binti Muhammad Khairulailzaki,
Journalist of Publication and Information Unit,
PERUBATAN Cawangan Mansurah
Older Posts Home

Announcement

Video from UPPPCM Youtube Channel



Official Blogs

Web's Content

Follow this blog
    • Majlis Tertinggi PCM 2011/2012
    • Penasihat & Unit-unit Khas PCM 2011/2012
    • Madrasah Imam Nawawi, Unit Pembangunan Insan PCM
2010/11 PERUBATAN Cawangan Mansurah. All rights reserved.
Designed by Publication And Information Unit