
(Ajuan Soalan dlm Berita Harian.com.my)
IBU saya mengalami batuk yang kerap dan sangat teruk. Batuknya juga berkahak dan dia mudah semput. Saya ingin tahu, adakah batuk seperti ini normal atau tanda sesuatu penyakit. Untuk pengetahuan doktor, ibu saya kuat merokok. Anak ingin tahu, Kajang, Selangor.
DARIPADA cerita yang anda berikan saya percaya ibu anda menghidap penyakit penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD). COPD terbahagi kepada dua keadaan iaitu emfisema dan bronkitis kronik.
Emfisema
1.pelampung paru-paru (alveoli) bercantum antara satu sama lain dan mengembang
2.manakala dinding pelampung ini menebal akibat jangkitan yang berulang.
3.Dengan ini penukaran gas oksigen dan karbon dioksida terjejas
4.menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas yang kronik dan mudah semput
Bronkitis kronik
1.bronki menebal dan mengeluarkan kahak yang banyak.
2.mengakibatkan saluran pernafasan itu menjadi sempit.
3.pesakit akan mengalami batuk berkahak yang berpanjangan dan mudah semput
4.Pesakit juga mudah mendapat jangkitan paru-paru disebabkan oleh takungan kahak yang banyak
Oleh itu, saya berpendapat ibu saudara mengalami bronkitis kronik.

Penyebab.
1.tabiat merokok
2.jangkitan saluran pernafasan
Kerosakan pada saluran pernafasan ini adalah kekal. Ia akan berlarutan dan berkembang kepada kegagalan sistem pernafasan
Cara Merawat.
1.ubat pengembang saluran pernafasan (bronkodilator)
seperti>> ventolin atau ipratropium bromide yang berkala, ubat cairkan kahak (mukolator).

0 Comment
Post a Comment