Bicara Bersama Penulis..Why Pay More.

Assalamualaikum.

Salam persaudaraan kepada semua sahabat PERUBATAN Mansurah. Sudah tiba masanya utk admininistrator memberi ruang kepada penulis untnk bercakap sedikit sebanyak tentang post itu walaupun bagi saya, post tersebut cukup ringkas untuk diulas. Pada awalnya, post tersebut sebenarnya ditulis hampir 2 muka, tetapi mungkin telah diedit oleh pihak admininistrator menjadi berberapa perenggan sahaja.

Saya sendiri tersenyum apabila melihat komen-komen yang telah diberi oleh semua, walaupun wujud sedikit kekecohan disebabkan mereka yang mungkin tidak memahami tentang isi sebenar post tersebut. Mungkin penggunaan bahasa inggeris yang tidak serasi dengan jiwa melayu yang setia dengan kerisnya.

Apakah Tujuan Post Tersebut Disiarkan?

Pertama: Ingin menjelaskan dengan lebih jitu, kini timbul tentang bayaran yuran pengajian bagi pelajar sains perubatan Mansoura University, yang mana nilai bayaran yuran dinaikkan tanpa sebarang makluman awal kepada pihak pelajar. Sesetengah pihak baru sahaja mendapat maklumat secara tidak langsung bahawa kenaikan yuran pada tahun ini ialah sebanyak 20% bagi kursus-kursus tersebut iaitu perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan khusus untuk pelajar luar Mesir. (Malaysia dan Arab Saudi yang belajar di Mansoura University).

Telah Wujud Suatu Keraguan dan Ketidakyakinan Terhadap Kenaikan Ini, Bagaimana?

Pada pertengahan tahun 2006 yang lalu, sesetengah pelajar yang ingin membayar yuran telah dimaklumkan bahawa yuran akan datang telah dinaikkan kepada £3600 untuk tahun pertama dan £1800 untuk tahun seterusnya kepada semua pelajar-pelajar asing dan untuk semua kursus (kenaikan ini sejajar dengan kadar kenaikan 20%).

Akan tetapi...

Pada akhir tahun 2006 ini, pihak Pejabat Hal-ehwal Pelajar Fakulti Perubatan telah mengeluarkan surat keizinan pembayaran yuran (izin dafa’) kepada pelajar dengan sebutan yuran sebanyak £3300 sterling untuk tahun petama dan £1800 untuk tahun seterusnya (jumlah asal).

Manakala pihak Pejabat Hal-ehwal Pelajar Fakulti Pergigian pada tahun ini telah mengeluarkan surat izin dafa' dengan sebutan yuran sebanyak £3300 sterling bagi tahun pertama.

Kesan dan Masalah yang Bakal Timbul

Seperti yang berlaku pada sesi lepas juga, pelajar yang telah mendapat surat izin dafa' £3300 telah menghadapi masalah semasa proses pembayaran kerana pihak universiti enggan menerima bayaran itu malah memberi alasan bahawa yuran telah naik kepada £3600 sterling dan bukan lagi £3300. Bahkan pihak universiti meminta pelajar menambah bayaran £300 bagi mencukupkan nilai £3600. Tetapi selepas perbincangn dan perdebatan yang panjang dengan pihak universiti, pelajar-pelajar tersebut dibenarkan membayar £3300, tetapi pihak universiti telah memberi amaran bahawa pada sesi akan datang, kenaikan yuran ini adalah diwartakan dan rasmi kepada semua pelajar asing.

Maka, berdasarkan rentetan peristiwa inilah dibimbangi masalah ini akan berulang.

Hal ini akan membebankan pelajar-pelajar persendirian (tanpa tajaan) jika mereka tidak mempunyai persediaan awal dan kefahaman terhadap isu ini. Pelajar-pelajar yang mendapat mana-mana tajaan mungkin tidak menganggap isu ini sebagai isu yang besar kerana mereka tidak melalui setiap detik masalah pembayaran yuran ini. Justeru, perlu ada kesedaran dan simpati dalam membincangkan topik ini, bukan menolaknya sebagai isu panas membara semata-mata.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,”

(Surah an-Nur, ayat 22)

Dan sini..

Kenapa tidak selaras? Kononnya wujud penyata hitam putih bahawa semua yuran adalah sama. Maka kita meragui kenaikan ini...

Arakian, tammat halnya kisah yuran...

Bagaimana Pula Halnya Pelajar GMN ?

Kenapa mereka disebut dalam post itu?

Adakah penulis tidak sedar bahawa mereka ini cukup sensitif sehingga berani disebut-sebut? Bab kata Pak Lah, "Saya pantang dicabar!"

Apakah relevan tajuk kenaikan bayaran dengan mereka?

Post itu sengaja menyuarakan mengenai £4000 yang bakal dibayar oleh pelajar-pelajar GMN. Pihak penulis memang sedia maklum mengenai bayaran £4000 dan sebab mereka perlu bayar lebih.

Tetapi kenapa perlu dinyatakan dalam post tersebut?

Untuk pengetahuan pelajar-pelajar GMN sekalian, masalah anda ini sering diluahkan oleh ramai pelajar GMN sendiri kepada pelajar-pelajar bukan GMN. Hal ini menyebabkan ramai yang bersimpati dengan mereka dalam masalah ini. Tak timbul soal masuk campur hal rumah tangga orang, tetapi apakan daya, kita berada dalam satu kampung dan gelanggang yang sama. Saya hanya mengulang tayang ayat-ayat anda sahaja.

Pendek cerita, kalau gelas di rumah kita pecah di dapur, jiran sebelah pun turut mendengar bunyinya bahkan berkerut dahi jua...

Apakah Luahan Pelajar-pelajar GMN ?

  1. "Kami tak puas hati kerana bayar lebih."
  2. "Bayaran ni tak berpatutan dengan servis yang diberi..."
  3. "Sewa rumah mahal, rumah sudahlah tak selasa."
  4. "Kami mungkin mempunyai krisis dengan pihak GMN jika kami membyar yuran sendirian."
  5. "GMN kata siapa tak bayar yuran melalui kami akan dibiarkan terkontang-kanting sendiri. Kena urus semua…"
  6. "Banyak urusan dikenakan caj lebih, tak sama dengan pelajar senior?"
  7. dan banyak lagi…

Memang benar, pelajar GMNlah yang lebih arif tentang kondisi mereka, tetapi kenapa lagu keluhan terus diputarkan di bibir anda? Bertitik tolak kisah inilah, kami menimbulkan persoalan kerana kami ingin mendengar dan melihat pelajar-pelajar GMN sendiri memberi reaksi malahan mungkin memberi penerangan kepada sahabat-sahabat anda sendiri, bukan sahaja dalam weblog ini bahkan di luar sana. Kita mahu anda sendiri yang menambah kecairan maklumat dan menghalusi kedudukan anda sendiri. Buat pelajar-pelajar bukan bawah GMN, komen anda turut membantu kerana andalah individu yang melihat dari luar dan menjadi pendengar setia luahan pelajar-pelajar GMN sebelum ini.

Sebagai contoh:

Comment At November 20, 2007 7:56 PM, emannuMYra said…

“GMN x pakse pelajar die wat byrn kt GMN, means boleh jer klu nk wat byrn sendri scr tros ke pihak U...

n kami sendri x dipakse utk gune khidmat GMN...parents kami sendri yg willing gune khidmat GMN..”

Melalui komen ini juga, telah berjaya menjawab persoalan dan keluhan daripada pelajar-pelajar GMN yang ragu-ragu untuk membayar sendiri yuran mereka. Dan banyak lagi komen yang secara tidak sengaja telah menjawab permasalahan tersebut walaupun diselangi ayat-ayat berapi. Namun demikian, tidak semua persoalan yang dilontar oleh para pengunjung weblog ini terjawab.

Saya begitu bersetuju dengan pihak administrator yang terus mngekalkan post tersebut walaupun ramai hero-hero dan heroin-heroin yang begitu lantang untuk menghapuskan post tersebut atas alasan tajuk ini tidak boleh dibincangkan kerana terlampau sensitif, walhal mereka sendiri telah memberi komen yang membantu dari segi pengukuhan dan kefahaman pada persoalan-persoalan yang dianggap momok dan mampu membakar PERUBATAN sehingga ketahap first degree.

Isu yuran £4000 adalah suis utama kepada lampu-lampu keluhan pelajar-pelajar GMN. Buktinya apabila komen diterima, wujud komen yang menyatakan rumah tidak selasa, ada pelajar yang datang dari keluarga yang tidak berada, isu MoU antara GMN dan Universiti yang mungkin tidak diketahui umum, ibu bapa pelajar yang tidak tahu harga sebenar yuran asal, pelajar-pelajar GMN yang menuduh GMN mengaut keuntungan berganda-ganda, isu pelajar GMN yang berkhalwat dan berdua-duaan pada waktu malam dan siang...

Semua komen ini telah mendapat sentuhan daripada pihak anda sekalian. Bahkan dari komen-komen ini jugalah wujud pemberi komen yang ingin menyampaikan maklumat dan membetulkan apa yang dianggap salah dan tidak diketahui semua..

Pendek cerita, anda SOAL dan anda JAWAB.

Walaupun pada dasarnya, tidak semua persoalan ini terjawab, namun itu sepatutnya menjadi nota minda kepada anda semua dan menjadi usaha kita untuk menggali kebenaran itu. Kita ingin dilahirkan sebagai mahasiswa yang peka dan berdikari, bukan mahasiswa yang 'mandung' yang hanya pandai bercakap semata-mata tetapi buta sejarah dan hak diri.

Suatu persoalan ingin dilontarkan kepada pihak yang tidak bersetuju dengan post tersebut... Adakah tanpa post tersebut komen-komen tersebut dapat terhasil seperti sekarang? Dan adakah isu ini dapat dibincangkan semula dan dihalusi sendiri oleh pelajar GMN jika penulis tidak menerbitkan post tersebut? Penulis bukan ingin mengangkat harga sebenar post itu, cuma mengharap timbang tara daripada anda semua tentang erti PEKA, SIMPATI dan BELAS KASIHAN. Bukankan kalian semua mahu menjadi doktor seperti yang diidami?

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”.

(Surah an-Nahl, ayat 90)

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Admin..

Saya sebagai penulis cukup berbangga kepada weblog PCM yang cukup berani untuk mengekalkan post tersebut walau dihimpit tekanan dan desakan dari ramai pihak yang mengangap post tersebut cukup bahaya. Tahniah kerana anda sudah mulai belajar menjadi blogger yang profesional dan tetap teguh pada pendirian dan matlamat.

Dan kepada pemberi komen, saya turut ucapkan tahniah kepada anda semua kerana anda berani menyatakan pendapat anda walau dianggap tidak 'jantan' kerana ruang ini wujud di dunia siber dan bukan di alam nyata. Akhirnya, sebagai nasihat kepada pemberi komen yang telah menulis ayat-ayat yang tidak sepatutnya, untuk menang berhujah haruslah menggunakan bahasa yang kemas dan sopan. Apabila anda menggunakan bahasa yang kesat dan jelik, dengan sendirinya anda telah memaparkan tahap IQ anda yang sebenar. Tidak perlu belajar sastera untuk menjadi sopan, cukuplah sekadar bertanya kawan anda apa itu erti biadap dan kurang sopan.

Kepada para bakal doktor sekalian:

Saya ingin menegaskan, kita begitu kekeringan ilmu dalam dada tentang ilmu-ilmu dan moral sebagaimana yang diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dan melalui topik ini kita dapat perhatikan majoriti daripada kalangan kita tidak memahami konsep mu'amalah dan urusan jual-beli dalam Islam. Kekaburan ini dialas dengan ilmu logik akal kita semata-mata.

Sebagai natijahnya, Sementelahan kita berada di bumi kinanah ini, rebutlah juga peluang untuk mencari ilmu agama. bukan sekadar menjadi doktor yang hanya mengetahui tentang fisiologi dan pathologi penyakit sahaja. Semoga kita dapat menjadi mukmin yang muttaqin.

Akhir kalam, wassalam.

Hijau Yang Damai






Previous Post

There has been some hot situation now here among Malaysian medical and dental student in Mansoura University of Egypt. These students now facing a big problem - the educational fees payment.

Of course it is a big deal. These students are enforced to pay more than amount as stated by the Ministry of Higher Education of Egypt which is £3000 for the first year and £1500 for the following years. Beginning in year 2006, there had been a sudden rise of fee due to a deal made between the HE Ambassador of Malaysia and the University itself, resulting in fee hike of 20%. The Malaysian students were paying £3300 for the first year and £1800 for consecutive years then.

That’s for year 2006. Now, beginning in year 2007, these students are required to pay £3600. Once again, there has been a rise of £300 in educational fee.

What is this for?

Not only to premier student, but it is also affecting the new fresh students, especially to those come with agency. These students are already having too much of problems when they started dealing with GMN just to pursue their study and fulfill their ambition of becoming doctors. Now, the GMN is enforcing their students to pay education fee not in £3300 amount, but instead £4000 THROUGH THEM. As the consequence, these students are having one more problem with that company.

The question is: Since the fee is £3300, where the rest of £700 go? There should be acceptable reason to pay more than the amount agreeable stated. Otherwise, they should refuse to pay £4000 and pay £3300 instead.

(P/S: Maaf, kesilapan teknikal telah berlaku tanpa disengajakan menyebabkan post di atas dan komen-komennya terpadam. -administrator weblog PCM)

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.