Sure Raya Mansurah 2007



Pada 2 November 2007 yang lalu, Perubatan Cawangan Mansurah telah mengadakan program Sure Raya Mansurah bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun 2007. Program dijalankan di Dewan Kuliyah Kamaluddin, Bangunan Kuliyah Tibb, Mansoura Universiti.Sure Raya dimulakan dengan pendaftaran pelajar-pelajar Perubatan Mansurah pada pukul 1.00 tengahari disusuli dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari wakil PCM.

Aturcara program diteruskan dengan ucapan Pengarah Program, Pengerusi PCM ,Presidan PERUBATAN dan wakil-wakil JPMK iaitu En Mohd Puzi b Hj Dahman, Ketua Canseri Kedutaan Besar Mesir, En Mohd Puat b. Yusof, Pemangku Pengarah, Atase Pendidik dan JPMK serta En Amri b Abdullah, Atase Pendidik dan JPMK

Persembahan ‘Slideshow’ raya yang amat menarik menghangatkan lagi majlis tersebut diikuti dengan sesi suai kenal bersama AJK PERUBATAN Kaherah & AJK PCM. Pengenalan yang ringkas dan padat memberi peluang kepada para ahli untuk mengenali pucuk pimpinan baru bagi tahun ini. Persembahan nasyid dari kumpulan yang baru dibentuk dan diberi nama ‘on the spot’ iaitu Kumpulan Remanch memberikan nafas baru terhadap industri nasyid Mansurah. Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah menjadi penutup tirai program selepas jamuan makan selesai.

Walaupun terdapat masalah kekurangan tempat duduk disebabkan jumlah ahli yang semakin ramai dan dewan yang agak kecil, namun kehadiran hampir semua pelajar perubatan menyebabkan majlis dapat dijayakan dengan cemerlang dan meriah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut sama ada secara langsung atau tidak.Terutama kepada JPMK, AJK-AJK PERUBATAN Cairo, dan wakil setiap cawangan yang sudi hadir dalam majlis tersebut.Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Sure Raya Mansurah 2007 yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program tahunan ini.Semoga program-program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan ahli PCM dan dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang,insyaAllah.
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. ni..apehal encik yazid tak datang...
    kami nak tanya banyak bende ngan die...aiii

Post a Comment