Khas Buatmu Muslimah

Kerana Dirimu Permata yang Berharga



Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti yang dilakukan ole
h wanita-wanita jahiliah.

Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh o
rang jahiliah......"-Al-Ahzab : 33

Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.

Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :

  • menundukkan pandangan
  • Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di universiti, di dalam bas dan seumpamanya
  • Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum syarak
>>Etika Pakaian Muslimah [ Forum - Malaysian's Students Hall ]

>>Nilai Tudung Wanita
[ Forum - Malaysian's Students Hall ]

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari sifat supelnya dalam bergaul,,tetapi dari sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan dalam bergaul..

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya,,tetapi dari kecantikan hati yang ada di balikny
a..

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,,tetapi dari sejauh
mana ia berani mempertahankan kehormatannya..

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari sberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,,tetapi dari sejuh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur..


= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan,,tetapi dari kekhawatiran dirinya lah yang mengundang orang lain jadi tergoda..

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersona,,tetapi dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya itu..

= akhwat sejati bukanla dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,,tetapi dari apa yang dibicarakan mulutnya..


= akhwat sejati bukanlah dilihat dari kemampuannya berbahasa,,tetapi dari bagaimana caranya ia berbicara..

= akhwat sejati bukanlah dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,,tetapi dari keikhlasannya memberikan kebaikan tersebut..

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari



Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji


Ikuti artikel menarik di forum - Malaysian's Students hall
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. Hi Perubatan
    A beautiful place here!
    Excellent post! You are Master.
    Thank you.
    have a good day

Post a Comment