Aksi Syahid Goncang Israel, 8 Terbunuh dan Puluhan Cedera.

Jumaat, 7/03/08 - Sekurang-kurangnya 8 warga Israel terbunuh dan lebih daripada 40 orang cedera dalam aksi syahid yang dilakukan pejuang Palestin di bahagian barat kota Jerusalem, Khamis (06/03) malam. Tindakan ini berlaku seminggu setelah tindakan bumi hangus yang dilakukan Israel di Semenanjung Gaza dan mengakibatkan lebih dari 130 Palestin syahid dan 350 lainnya tercedera.

Sumber-sumber Israel menyebutkan seorang warga Palestin bersenjata menyerbu kumpulan radikal Yahudi di kompleks kumpulan radikal Ghos Emonem di bahagian barat kota Jerusalem sambil melancarkan tembakan senjata automatik dan mengakibatkan sejumlah penduduk Yahudi terbunuh. Sementara itu seorang pengebom berani mati meledakan dirinya di tengah-tengah penduduk Yahudi hingga menyebabkan ramai yang terbunuh dan cedera parah.

Sumber tersebut menambah, hari Khamis semalam ramai orang Yahudi berkumpul bertepatan dengan perayaan awal bulan Mac berdasarkan kalender Ibrani. Menyusul tindakan ini, pasukan militan Israel, pihak polis dan pasukan khas dikerahkan ke tempat kejadian dan melakukan sekatan yang sangat ketat. Menurut sumber Israel, lebih dari 50 ambulan diarahkan ke lokasi kejadian.

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman
Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment