Majlis Perasmian Penutup Festival SULAM '08





sila klik pada iklan untuk paparan yang lebih jelas dan save.



Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalian.Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang sayang Allah.Sebagai makluman,Festival Sukan Keluarga Mansurah ( SULAM '08 ) akan mengadakan majlis perasmian penutup pada tarikh 15 Mac 2008 bersamaan 8 Rabi'ul Awal 1429H,pada jam 7.00 pagi.Majlis tersebut akan berlangsung di Dewan az-Zahabiah,Hayyu Shark.

Kepada semua ahli warga DPM Mansurah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut kerana terdapat pelbagai acara-acara menarik yang dipersembahkan sepanjang majlis diadakan.Antaranya ialah:-
  • persembahan nasyid Bazli Hazwan dan juga kumpulan nasyid Zulfan
  • silat
  • warna-warni SULAM '08
  • kompang
  • penyampaian hadiah
  • Anugerah Khas dan banyak lagi acara-acara yang menarik menanti anda.
Jadi,jangan ketinggalan untuk hadir ke majlis gilang gemilang perasmian penutup ini.Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita.Kerana di sinilah terletaknya ikatan disulam,ukhwah disemai.

Sekian untuk makluman,terima kasih.



" Ikatan disulam, Ukhwah disemai "

" Gembleng Kekuatan Pasak Keilmuan "


resource: http://www.dpm-mansoura.blogspot.com

Tags:
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment