RALAT : 'Post' Perjumpaan Bersama Y.B Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid (Perak) di blog PCM


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t.


Mewakili Unit Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN Cawangan Mansurah ( UPP PCM ) saya dengan ini ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku mengenai post Perjumpaan Bersama Y.B Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid ( Perak ) di blog PCM beberapa hari yang lalu.

Untuk makluman semua, perjumpaan bersama Y.B Dato' Mohammad Zahir Bin Dato' Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains Dan Teknologi Negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada Rabu 23 Februari 2011, 9.30 pagi di Bangunan SUK ,Ipoh adalah perjumpaan TERTUTUP bersama 30 orang wakil anak Negeri Perak sahaja yang terdiri daripada wakil setiap muhafazah di Mesir. Oleh yang demikian, perjumpaan ini tidak melibatkan semua anak Negeri Perak dan saya memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Perjumpaan ini bukan dianjurkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir ( KPIPM ) dan saya memohon maaf kepada pihak KPIPM di atas penggunaan logo KPIPM tanpa merujuk terlebih dahulu maklumat pada Portal Rasmi KPIPM.

Saya akan berusaha memastikan kecuaian seperti ini tidak akan berlaku lagi dan diharapkan semua pihak dapat memaafkan pihak kami. Jazakkallah.

At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah,

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati


Farah Hamizah Binti Kamran
Timbalan Ketua Unit Penerbitan & Penerangan
Perubatan Cawangan Mansurah 2010/2011
Tags: , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

1 Comment

  1. salam..
    apa perkembangan prjumpaan pg td??
    perlu beri maklumat diri ke??

Post a Comment