Mencontohi Mereka : Tip-tip Belajar Cara Sahli


Pengisian yang dibawakan oleh Unit Akademik PCM 2010/11 pada kali ini berbentuk tip-tip belajar daripada seorang mahasiswa yang beroleh Mumtaz dalam peperiksaan sebelum ini.

"-Sebelum mulakan study,baca doa sebelum belajar ,amalkan doa

( للهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا)

-Tenangkan fikiran, jangan study semasa tengah tension, jangan study semasa mengantuk ,sure susah nak masuk.

-Ulangkaji subjek yang diajar dalam lecture,jangan tinggal satu pun.

-Jangan fokuskan 100 % kepada soalan exam past years, jadikan ia sebagai guide question sahaja.

-Dalam sehari bajet study at least 5 hours,depends kepada kemampuan masing-masing. Apa yang penting target untuk study pada hari tersebut tercapai. Its not the quantity of study but the quality.

-Cuba plan untuk habiskan subjek kita ulangkaji itu dengan mnggunakan masa yang terhad, contohnya, habiskan lower limb dalam masa 3 jam, bila ada limit masa ini, diri kita akan digesa bersungguh-sungguh untuk habiskan dalam masa yang ditetapkan.

-Faham sesuatu mechanism, process or function before menghafal, bila hafal tanpa faham, memang mudah lupa.

-Lupa itu perkara biasa, tapi ubat kepada pelupa itu ialah pengulangan, bila dah faham terus hafal. Cara paling berkesan untuk menghafal ialah mengulang dengan cepat, jangan harap bila hafal sekali akan ingat selamanya. Menghafal memang senang, tetapi nak mengekalkan hafalan itu susah, bila mengulang, ilmu yg kita hafal itu akan terlekat sendiri dalam ingatan kita.

-Kalau susah nak faham dari buku or notes, cuba buat note sendiri, extract point sendiri daripada buku. Kalau tak boleh study keseorangan,buat study group, bincang dalam kumpulan dan tukar-tukar ilmu (akan jimat masa).

-Study week tahun ini dalam 20 hari sahaja,so time management itu penting. Study mengikut kepentingan subjek kepada kita contohnya, bajet untuk habiskan anatomy 6 hari, biochemistry 4 hari, histology 4 hari dan physiology 6 hari. Terpulang kepada individu untuk menyusun mengikut kepentingan sendiri, tetapi make sure kita sudah habiskan syllabus subjek before exam.

-Kalu tidak faham tentang sesuatu perkara, tanya kepada kawan kita or suruh kawan menjadi tutor kepada kita.

-Jangan kita lupa, kejayaan itu semuanya datang daripada Allah. Dekatkanlah diri kita kepada Allah, jauhi benda-benda yang melalaikan, jangan tinggal solat, jangan mmbuat perkara yang dimurkai Allah. Mungkin kita rasa dah cukup ready, tetapi di saat-saat akhir Allah boleh menarik balik nikmat itu.

-Sambil kita berusaha kita tawakal, sebab Allah tidak melihat kejayaan kita tetapi melihat usaha kita untuk mencapai kejayaan itu. Pepatah arab ada menyebut (man jadda wajada waman zara’a hasada), Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

-Jaga hubungan dengan manusia dan Allah.

-May we succeed together, InsyaAllah."


Ahmad Sahli Mahzuz bin Ismail,
Tahun 2 Perubatan Konvensional,
Universiti Mansurah, Mesir.
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.