HUM KALI KE-2 MERIAH!
Jumaat, 13 Januari 2012 - Qaah Ibnu Sina pada petang ini meriah
dengan kunjungan para pelajar Mansurah yang berpusu-pusu datang untuk memborong
makanan buat mengisi perut yang kosong. Unit Ekonomi PERUBATAN Cawangan
Mansurah (PCM) dengan jayanya telah mengadakan Program Hari Usahawanan Medik (HUM)
kali ke-2 yang berlangsung dalam dua sesi,mahasiswa bermula jam 2.00-3.00 petang,
disusuli mahasiswi pada 3.30-4.30 petang.
Objektif utama HUM ini diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti
ekonomi yang sihat di samping dapat mempraktikkan hukum muamalat yang betul di sisi Islam. Di samping itu,
program ini bertujuan untuk membantu mempromosikan semangat keusahawanan yang
ada dalam diri pelajar, seterusnya melahirkan
semangat kesatuan dan daya saing yang
sihat di kalangan mahasiswa sendiri.
Seawal jam 1.30 petang, para peniaga sudah mula membuat persiapan
untuk membuka dan menghias gerai
masing-masing. Tepat jam 2 petang, sudah
ramai mahasiwa yang berkunjung meskipun masih ada gerai yang masih belum
dibuka. Antara gerai yang mendapat sambutan pada hari tersebut ialah Gerai
Villa Kenchana, Vistana El-fateh, Gerai Ustaz Syakiq, Gerai Dr. Yusri Hani dan
Medclick Stall. Sungguhpun jam belumpun bergerak ke angka 3, sudah banyak gerai
yang berjaya menghabiskan jualan makanan mereka biarpun sesi siswa belum
berakhir. Pada pukul 3 petang , para peniaga diberi peluang untuk mempersiapkan
gerai mereka bagi sesi siswi pula. Namun seperti yang dijangka, mahasiswi sudah
pun ‘menyerang’ gerai sebelum jam 3.30
petang, walaupun cuaca pada hari tersebut hujan.
Tambah memeriahkan keadaan, HUM
kali kedua ini turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan Jawatankuasa
Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) yang bersemangat berpakaian merah dalam usaha memberi
pendedahan awal kepada ahli tentang JAKSI. Donut bersalut coklat serta
dipacakkan bendera kecil telah diagihkan secara percuma kepada pengunjung yang
hadir. Wakil dari Unit
Ekonomi, Econ-store (E-Store) turut tidak melepaskan peluang membuka
gerai menjual makanan dan air soya.
Setelah jarum jam beranjak ke pukul 4.30 petang,
barulah para usahawan sibuk mengemas tapak gerai masing-masing. Program ini
akan terus dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa jika tidak
bertembung dengan program PCM yang lain, dengan harapan agar semakin ramai
mahasiswa yang berminat untuk menyertai Program Hari Keusahawanan Medik ini
pada masa akan datang. Tahniah kepada semua !
Disediakan oleh,
MOHD
ALFIAN BIN AWANG KU LEK,
Setiausaha,
Unit Ekonomi
Perubatan
Cawangan Mansurah 2011/2012
0 Comment