Mansurah, Hassan Said, 16 Jan 2012 – Ketenangan pagi 3 penghuni rumah sekali lagi bertukar menjadi trauma apabila pintu rumah mereka diketuk dengan kuat sehingga pecah. Seorang siswa yang kebetulan lalu di hadapan imarah membantu mereka setelah penghuni rumah meminta tolong, menyebabkan suspek bertindak menghilangkan diri.
"Pintu pagar imarah itu berkunci semasa saya lalu" kata mahasiswa itu yang pelik dengan kejadian sambil cuba menghasilkan deduksi.
Kerisauan bertambah apabila sebaik pintu dibuka, mereka menjumpai sekeping marmar di luar pintu rumah, dipercayai digunakan untuk mengetuk pintu sehingga pecah.
"Sebelum ini, pada Sabtu lepas, rumah kami pernah diketuk dengan kuat oleh suspek yang menyamar sebagai pengutip sampah" mangsa cuba memberi penjelasan.
"Alhamdulillah kami selamat dan tiada kerugian kecuali pintu yang pecah ini. Pihak wakil agensi sudah memberi jaminan akan menggantikan pintu" kata mangsa yang bersyukur. Mereka mengambil keputusan untuk berpindah keluar walaupun peperiksaan sangat hampir. Buat sementara waktu mereka akan tinggal di rumah rakan sehinggalah peperiksaaan tamat.
Pihak JAKSI apabila mendapat aduan ini segera menghantar Ahli Jawatankuasa (ajk) Rakan JAKSI untuk meninjau keadaan dan menenangkan mangsa. Untuk tindakan lanjut, Timbalan Pengerusi 1 PERUBATAN Cawangan Mansurah, Saudara Muhamad Arif Mamat Noor telah ke balai polis untuk membuat laporan.
Petang tadi, JAKSI mendengar khabar angin terdapat satu lagi kes pecah rumah di kawasan Samanudi. Mereka yang mengetahui sebarang maklumat diharapkan dapat menghubungi JAKSI.
1. Pagar Imarah mestilah berkunci (sekiranya ada)
2. Pintu rumah diselak dari dalam selain dikunci.
3. Jangan membuka pintu rumah apabila ada pihak yang tidak dikenali mengetuk pintu.
4. Dalam soal keselamatan, setiap penghuni rumah mesti BEKERJASAMA dengan penghuni rumah yang lain dalam imarah yang sama.
5. Jika mengalami masalah yang sama atau masalah-masalah lain berkaitan keselamatan, segera hubungi :
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah, Mohd Iskandar b Sau'di (+01112737413) atau
Pengarah Jawatankuasa Keselamatan & Sahsiah Islam (JAKSI) Muhammad Abu Ubaidah b Mustapa Kamal (+20119682676)
disediakan oleh :
Jawatankuasa Keselamatan & Sahsiah Islam (JAKSI),
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2011/2012.
January 17, 2012 at 10:22 PM
salam..
cuma nak bertanya, rumah ni tingkat 1 ke?
sbb rumah ni mcm familiar.
mcm rumah saya yg dulu..