Ada Apa Dengan "Valentine's Day"


ADA APA DENGAN "VALENTINE'S DAY"
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'Kasih Sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Kekasih. Semoga kita semua ambil pengajaran!!! inshaAllah

Jadi, Hari Kekasih tidak wajar disambut oleh insan yang bergelar Muslim kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol.


1. PRINSIP / DASAR
Hari Kekasih (Valentine's Day) adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentino.


2. SUMBER ASASI
Hari Kekasih sudah ternyata jelas bukan bersumber daripada Islam, melainkan bersumber daripada rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Ia berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi tidak berdasarkan kepada Islam (Allah), jadi Hari Kekasih perlu ditolak oleh Muslim.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik, tetapi bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Hari Kekasih yang mana seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. 

Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.


Unit Pembangunan Insan,
PERUBATAN Cawangan Mansurah 11/12
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment