LE
TOUR DE SINAI’12 merupakan salah satu
aktiviti anjuran Unit Sukan & Aktiviti Luar (UNISAL) PERUBATAN Cawangan
Mansurah (PCM). Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama untuk
mahasiswa dari 1 hingga 3 Februari manakala fasa kedua untuk mahasiswi dari 5
hingga 7 Februari.
Rombongan mahasiswa telah bertolak pada jam 1.45 pagi dari Mansurah. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di Hentian Suez dan peserta berehat serta mengerjakan solat Subuh di situ. Rombongan peserta kemudian dibawa melintasi Terusan Suez menerusi Terowong Asy-Syahid Syeikh Ahmad Hamidi dan terus ke Kubu Peninggalan Israel yang dibina sewaktu perang Mesir-Israel pada tahun 1967. Kemudian rombongan meneruskan perjalanan ke Uyun Musa (Telaga Air Musa) dimana peserta juga turut diberi sarapan disitu.
Rombongan mahasiswa telah bertolak pada jam 1.45 pagi dari Mansurah. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam untuk tiba di Hentian Suez dan peserta berehat serta mengerjakan solat Subuh di situ. Rombongan peserta kemudian dibawa melintasi Terusan Suez menerusi Terowong Asy-Syahid Syeikh Ahmad Hamidi dan terus ke Kubu Peninggalan Israel yang dibina sewaktu perang Mesir-Israel pada tahun 1967. Kemudian rombongan meneruskan perjalanan ke Uyun Musa (Telaga Air Musa) dimana peserta juga turut diberi sarapan disitu.
Pejalanan program terpaksa
diubah sedikit kerana arah jalan menuju ke kawasan Saint Catherine dari Suez yang turut melalui Hammam Firaun dan makam Nabi Salleh AS ditutup menyebabkan lawatan
ke tempat tersebut terpaksa dibatalkan. Perjalanan diteruskan melalui Nuweiba dan dalam tempoh masa perjalanan
yang lama itu AJK program telah mengambil kesempatan untuk membuat sesi ta’ruf antara peserta.
Setelah itu tiba di
kawasan Saint Catherine, peserta
dijamu makan tengahari sebelum berjalan kaki menuju ke Mata Air 12. Rombongan
sekali lagi terpaksa membatalkan lawatan ke Wadi
Arba’in kerana ia mengambil masa yang agak lama dan ditambah dengan keadaan
malam yang gelap.
Setelah peserta
berehat beberapa jam di Moonland Camp, para
peserta memulakan pendakian ke puncak sinai tepat pada pukul 2.30 pagi dan
kesemuanya selamat tiba di puncak Sinai menjelang subuh sambil menunaikan solat
dan menghayati panorama matahari terbit bersama beberapa pelancong asing dari
pelbagai negara.
Usai solat subuh dan
bergambar, peserta turun dari puncak Sinai dan singgah di perkampungan Nabi
Illias. Lembah yang berbatu dan agak curam menyebabkan para peserta terpaksa
berhati-hati dengan setiap langkah agar tidak terjatuh.
Setelah mendapat
pengalaman berada di puncak Sinai, para peserta melawat Patung Lembu Samiri dan Makam Nabi Harun yang
terletak tidak jauh dari kaki gunung Sinai sebelum pulang ke tempat penginapan
dan menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Dahab.
Keesokan harinya, terdapat tiga aktiviti yang menjadi pilihan para peserta iaitu, snorkelling, menaiki ATV (all-terrain-vehicle) dan Glass Boat. Kesemua aktiviti berakhir pada waktu tengah hari dan para peserta bersiap untuk ke destinasi terakhir, iaitu Kubu Salahuddin Al-Ayubi di Taba.
Para peserta menaiki
bot yang telah disediakan untuk ke Kubu Salahuddin Al-Ayubi yang terletak di
sebuah pulau. Setelah bergambar dan mengambil ibrah dari perjalanan ini, para peserta melengkapkan perjalanan
pulang ke Mansurah dan ketika di Hentian Suez, Muhammad Imran Jaamat selaku
Pengarah Program dan Ketua Unit Sukan & Aktiviti Luar PCM memberikan ucapan
penutup sekali gus mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kepada
para peserta yang memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang program
ini. Peserta selamat tiba ke Mansurah semula pukul 2.00 pagi pada 4 Februari
2012. Sebaliknya berlaku pada fasa kedua dimana program ini untuk mahasiswi
tidak dapat dilaksanakan atas sebab keselamatan.
Disediakan oleh,
Muhamad Syazni bin Mohamad Asraff
Setiausaha,
Program Le Tour De Sinai 2012.
Muhamad Syazni bin Mohamad Asraff
Setiausaha,
Program Le Tour De Sinai 2012.
0 Comment