ENLIGHTENMENT WITH THE PROS


ENLIGHTENMENT WITH THE PROS

RABU, 8 FEBRUARI- Bertempat di Qaah Ibnu Sina (QIS), satu program bertajuk                 “ENLIGHTENMENT WITH THE PROS” telah diadakan. Program anjuran Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) menjemput dua orang doktor pakar dari Malaysia sebagai ahli panel jemputan. Mereka ialah Doktor Suhaini bin Kadiman, pakar perunding bius di Institut Jantung Negara (IJN) dan isteri beliau, Doktor Fazlina Hanum binti Mohd Ali, pakar perunding  perbidanan dan sakit puan (O&G) di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah.

Program bermula pada 6.30 malam dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan daripada Pengarah Program, Muhammad Khalid bin Shahrudin. Antara objektif utama program tersebut ialah memberi pendedahan tentang kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pengamal perubatan sebelum terjun ke alam pekerjaan di Malaysia di samping membekalkan ahli dengan ilmu dan kefahaman yang mantap tentang isu fiqh perubatan. Diikuti dengan ucapan pengerusi PCM, Mohammad Iskandar bin Sa’uadi sekaligus melancarkan Mansoura Medical Academy (MMA) dan penutup 2012 Awesome Winterfest
Slot pertama bertajuk “Hospital Mesra Ibadah” disampaikan oleh Doktor Suhaini. Dalam penerangan beliau, beliau menegaskan  perlunya kesedaran dalam diri pelajar untuk mengetahui bahawa menuntut ilmu adalah tuntutan agama dan apabila seseorang individu telah menceburi sesuatu bidang,  itu telah menjadi fardhu ke atas individu tersebut. Malahan, doktor dan pesakit masing-masing mempunyai tuntutan syariah seperti solat, puasa dan sebagainya.



Program diteruskan dengan slot kedua iaitu forum ‘Sharing Moments With the Couple Doctors’. Muhammad Hanif bin Mahmud selaku moderator mengajukan beberapa soalan berkisar tentang pengalaman yang dialami dan cabaran yang bakal ditempuh kepada pasangan doktor tersebut. 




Sesi soal jawab menjadi slot terakhir dalam program tersebut. Pengerusi PCM berbesar hati dengan kesudian Dr. Suhaini dan Dr. Fazlina yang telah meluangkan masa bersama ahli PCM pada malam itu. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pasangan doktor tersebut dan moderator forum pada pukul 10.30 malam.

Disediakan oleh,
Wan Munirah binti Wan Isa,
Timbalan Setiausaha,
Unit Akademik PCM.


Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment