Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur
kepada Allah SWT kerana telah melancarkan segala perjalanan program Le Tour De Sinai 2012 fasa pertama yang
melibatkan mahasiswa. Akan tetapi sebaliknya berlaku kepada fasa kedua program
ini untuk mahasiswi.
Berkenaan
rombongan ke Semenanjung Sinai bagi peserta mahasiswi yang dibatalkan saat-saat
akhir, ia adalah sepenuhnya berkaitan keselamatan ahli dan situasi semasa disana.
Rombongan mahasiswi melibatkan seramai 94 orang peserta dan AJK itu sepatutnya
bertolak dari Mansurah pada pukul 12.30 pagi 5 Februari 2012.
Saat
kesemua peserta telah berkumpul di Qaah Ibnu Sina dengan kelengkapan
masing-masing, pada pukul 11. 50 malam saya menerima panggilan dari pejabat
polis Mansurah dan diberitahu bahawa perjalanan program ini iaitu ke
Semenanjung Sinai dibatalkan. Menyusul beberapa minit kemudian, satu panggilan
lain dari syarikat pengangkutan yang digunakan semasa program ini memberitahu
saya bahawa mereka tidak diberi kebenaran oleh pihak polis untuk membawa
pelajar Malaysia ke sana.
Panggilan
demi panggilan saya lakukan ke pejabat polis dan syarikat pengangkutan untuk
mengetahui keadaan yang sebenarnya. Pihak polis mengambil berat akan
keselamatan pelajar Malaysia berikutan situasi huru-hara di Semenanjung Sinai
serta beberapa kes jenayah berat yang berlaku di sana kebelakangan ini.
Berikutan
beberapa perkara tersebut, saya selaku Ketua Unit Sukan & Aktiviti Luar
(UNISAL) PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) sesi 2011/12 merangkap Pengarah
Program Le Tour De Sinai 2012
mengambil keputusan untuk membatalkan fasa kedua program ini setelah berbincang
dengan syarikat pengangkutan yang turut melibatkan pihak polis pada 2 petang 5
Februari 2012.
Jutaan kemaafan daripada saya selaku wakil penganjur Le Tour
de Sinai 2012 kepada semua peserta mahasiswi yang terlibat kerana perkara ini
adalah diluar kawalan dan jangkauan kami. Ini merupakan kali kedua program ini
dibatalkan semenjak tahun lepas pada bahagian mahasiswi atas faktor keselamatan
dan keadaan huru-hara di beberapa kawasan di Mesir.
Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan
memulangan semula wang pendaftaran setiap peserta akan tetapi bukan jumlah yang
sepenuhnya berikutan ada sebahagian wang yang sudah digunakan untuk membeli
bahan-bahan masakan dan makanan tersebut diberikan juga kepada peserta.
Saya yakin dan sentiasa berdoa supaya ada hikmah
disebalik perkara yang berlaku. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita
insya-Allah.
0 Comment