Pemeriksaan Kesihatan Di Utubis Gadid

ISNIN,6 FEBRUARI- Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah (DPMM) dengan usaha sama Mansoura Medical Academy (MMA), Unit Akademik PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM) telah mengadakan satu program pemeriksaan kesihatan (Medical check-up) yang berlangsung di Dewan Persada Al-Jazirah, Utubis Gadid, Mansurah. Program tersebut  diadakan bersempena dengan satu karnival jualan dan pameran yang dianjurkan oleh pihak DPMM selama 3 hari berturut-turut bermula 4 Februari dan berakhir pada 6 Februari 2012.

Program tersebut dibahagikan kepada 2 sesi dan hanya dikenakan bayaran sebanyak 2 LE. Sesi pagi bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari untuk pelajar mahasiswi manakala sesi petang untuk pelajar mahasiswa dari pukul 1 petang hingga 4 petang. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pameran tulang dan video kesihatan di samping perkhidmatan yang disediakan seperti pemeriksaan glukosa dalam darah (blood glucose), tekanan darah (blood pressure), indeks jisim badan (body mass index,BMI) dan jenis darah (blood type).


Ahli medical check-up, Wan Mohd Safwan bin Wan Salleh melakukan pemeriksaan tekanan darah (blood pressure test).
    
Sambutan yang cukup menggalakkan daripada pengunjung menampakkan kesan positif terhadap kesedaran untuk mengetahui tentang kesihatan diri. Muhammad Amar bin Nazmi selaku ketua program berpendapat, program tersebut dapat melatih ahli MMA supaya lebih yakin untuk berhadapan dengan pesakit dan memberi perkhidmatan medical check-up yang murah kepada pengunjung karnival. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih oleh Abdul Fattah bin Hamzah, Ketua Karnival DPMM kepada ahli MMA PCM kerana sudi memeriahkan lagi karnival tersebut. 


Penerangan berkenaan tulang dan struktur badan manusia.


Disediakan oleh,
Wan Munirah binti Wan Isa.
Timbalan Setiausaha,
Unit Akademik PCM.
Tags: , , ,
http://i229.photobucket.com/albums/ee90/balastix/PERUBATAN/468x77.png

Web Master

Portal Rasmi PERUBATAN Cawangan Mansurah ini dikelolakan oleh Unit Penerbitan Dan Penerangan. Sebarang pertanyaan atau komentar boleh disalurkan secara terus kepada Ketua Unit Penerbitan Dan Penerangan,Muhamad Azizi bin Mejan, atau e-melkan kepada upp_pcm[.a.t.]yahoo.com.

0 Comment

Post a Comment